Tuesday, November 24, 2015

Cukup baik 'deria bau' Zahid rupanya!

Zahid ‘hidu bau’ dalang cuba jatuhkan Najib
NIZAM ZAIN23 NOVEMBER 2015

Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bersalaman dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang pada Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau dapat 'menghidu bau' dalang yang cuba mempergunakan pemimpin akar umbi untuk menjejaskan kepimpinan parti itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, dalang tersebut mempergunakan ketua-ketua cawangan Umno untuk mencampuri urusan parti itu termasuk mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletakkan jawatan.

"Kita fikir eloklah dalang berkenaan sama ada dalang yang nampak atau tidak nampak mengikut perundangan sedia ada.

"Saya tidak berhasrat untuk menghentak hati mana-mana pihak, (kerana) Umno hidup dan terus relevan, perkara ini harus dihormati oleh semua ahli dan kepimpinan Umno," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China, di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan 34 ketua Cawangan Umno dari lima negeri mendesak secara terbuka agar Najib meletak jawatan sebagai Presiden Umno.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Umno cawangan ugut undurkan presiden ]

Perkara itu diumumkan ketua cawangan Umno Taman PD Utama, Mohd Isa Mohd Yasin selepas kesemua 34 orang dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah mengadakan satu pertemuan, di Port Disckson, semalam.

Ini kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kredibiliti Najib memimpin parti itu.

Mohd Isa juga mendakwa pihaknya mendapat sokongan hampir 5,000 ketua cawangan lain di seluruh negara dan bercadang untuk mengadakan himpunan besar-besaran bulan depan.

Bagaimanapun lokasi untuk perhimpunan itu masih belum ditetapkan.

Terdahulu, seramai 13 ketua cawangan Umno sekitar kawasan Telok Kemang turut mendesak Najib berbuat demikian, pada bulan lalu.

Manakala Rabu lalu pula sekumpulan pemimpin akar umbi Umno yang mendakwa mewakili 20 cawangan Umno di Sepang turut menggesa perkara yang sama.

2 comments:

  1. Ada lagi ke ahli UMNO dan rakyat Mesia yang percaya dengan apa jua cerita lawak yang kuar dari mulut Mat Komedi ni? Apa jadi dengan bukti Gred A Mat Sabu ahli Syiah? Apa jadi dengan cerita pembangkang punca serangan Lahad datu? Mana dia dalang yang kononnya nak menjatuhkan Najib melalui undi tak percaya? Mana dia benda2 tu semua, Mat Oii! Ni sekarang kuar cerita "bau"? Apa yang pasti bau pekung pembohongan yang kuar dari mulut mamat ni yang dah merebak kat satu Mesia ni! Ni dia contoh terbaik "siakap senohong, gelama ikan duri. Bercakap selalu bohong lama2 jadi Timbalan perdana Menteri"! Tak lama lagi ramailah budak2 melayu sekolah rendah yang bercita2 nak menjadi "pembohong dan penipu" sebab cerah masa depan! Atau satu lagi spesis, iaitu spesis suka fitnah tapi bergelar ulamak! Mulut sibuk memfitnah dan putar belit pastu mulut yang sama menasihatkan orang ramai dengan ayat2 Quran dan hadis.... Umpama mengisi air kedalam tong yang tercemar dengan najis. Air yang bersih terus jadi najis gak!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. Yg dia tak blh bau ialah penderitaan dan kesempitan rakyat yg dipaksa menanggung bewak 2 idup kat putrjaya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa