Monday, November 23, 2015

Hah........saman, jangan cakap saja!

Zahid ni dari serangan Lahad Datu lagi cakap dulu baru fikir
Kalau betul Zahid buat tuduhan liar, saman saja
Kita pun nak tahu juga siapa yang bohong siapa khianat
PM lagi saman sesiapa yang buat tuduhan......

Tuduhan liar, Tian Chua ancam saman Zahid

 | November 23, 2015
Dia mendesak Zahid Hamidi menarik semula tuduhan terhadapnya jika tidak mahu disaman
tian-chua-zahidKUALA LUMPUR: Tian Chua mengancam mengambil tindakan undang-undang jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menarik semula tuduhan yang mendakwa dia menjadi dalang pertemuan Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram.
Naib Presiden PKR itu menegaskan, tuduhan Timbalan Perdana Menteri itu sangat tidak berasas dan liar.
“Saya akan mempertimbangkan tindakan undang-undang tetapi buat masa ini, saya mendesak beliau menarik semula kenyataan itu” katanya di Parlimen.
Katanya, dia tidak mahu kejadian sama berulang kerana Zahid pernah membuat tuduhan seperti itu tetapi akhirnya menarik balik.
“Zahid menarik balik kenyataannya ketika perbicaraan dan akhirnya saya menang. Perkara sebegini tidak sepatutnya berulang,” katanya.
Ahli Parlimen Batu itu berkata, Zahid tidak sepatutnya membuat tuduhan itu yang memberi imej negatif kepada keselamatan Negara.
Dia juga mengulangi penjelasan yang telah dibuat Izzah bahawa pertemuan di Filipina itu diatur penganjur bagi menyokong pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

1 comment:

  1. Zahid ni bila bercakap, nampak sangat mulut dan lidahnya amat mirip sekali seperti saluran dia dilahirkan dulu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa