Monday, November 30, 2015

Ibu Pejabat UMNO ingat parti ini milik bapa mereka kot?

Ibu Pejabat UMNO makin merepek

 | November 30, 2015
Khairuddin Abu Hassan mendakwa Ibu Pejabat UMNO bertindak sesuka hati dan tidak mengikut Perlembagaan parti.dalam mengambil tindakan terhadap ahli.
khairusdin
PETALING JAYA: Ibu Pejabat UMNO dikatakan semakin merepek kerana membuat keputusan sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada Perlembagaan parti.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ibu Pejabat UMNO tidak menghormati serta tidak mengikut Perlembagaan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap sesiapa saja yang tidak sehaluan dengan kepimpinan parti.
“Hakikatnya, Ibu Pejabat UMNO ingat parti ini milik bapa mereka kot?
“Sekiranya inilah sikap pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO masa kini; yakinilah parti UMNO akan hanya menjadi sebuah pertubuhan kebajikan saja suatu hari nanti tanpa mendapat sokongan lagi dari akar umbi serta rakyat jelata.
“Ibu Pejabat UMNO kini suka bertindak mengikut selera ataupun citarasa mereka sendiri. Perlembagaan, praktis serta tradisi UMNO seringkali diketepikan,” tulisnya di Facebook.
Khairuddin berkata, kejadian yang menimpa Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila amalan praktis serta hak Timbalan Presiden UMNO untuk merasmikan Perhimpunan sayap-sayap parti telah disekat.
Katanya, majoriti ahli-ahli UMNO tidak puashati serta membuat protes secara senyap.
“Dalam apa jua keadaan sekalipun; puak-puak korup dan kaki bodek minda lemah otak udang ini bakal jatuh tersungkur. Hanya masa ketika saja yang bakal menentukannya.
“Lawan tetap lawan demi menegakkan kebenaran seperti mana yang dituntut oleh agama Islam. Pantang ‘anak Melayu berundur sebelum lawan’ tetapi dasar bacul anak Bugis saya tak tahulah,” katanya.

4 comments:

  1. Woi Khairudin, ni sumer poyo! Asal nama puak UMNO je semua macam sial termasuk la engkau, Din anak Yasin, Madey, ahli, penyokong @ penjilat tak kira dari institusi apa pun yang ada kat Mesia ni semua macam SIAL. kab kah kah. Tuuuuih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woit, mencarut yea! Takpe, carut lagi dan lagi dan lagi.. Harussani mane? Mane hah!

      Delete
  2. Kah kah kah.. betul tu Din. Penyamun bugis batu tarak. Mangsa nasik kangkang. Lawan Din lawan. Kah kah kah..

    ReplyDelete
  3. Betul la tu,..yg ada pangkat nak tunjuk kuasa,. Yg tak ada pangkat dan pengaruh masih dengan kuasa membodek,..memaksa diri berlagak pandai,..tapi tak sebijak mana pun,.. Puuuiiii,....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa