Monday, November 16, 2015

Jauhnya Beliau di Hadapan!

UG, Kerajaan Teknokrat dan Politik Matang: Jauhnya Beliau di Hadapan
 | PROF DR BADLIHISYAM MOHD NASIR
Pas dan Umno kerjasama
Baru baru ini Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang (DSHH), Presiden PAS menimbulkan satu lagi istilah baru dalam senario politik negara, iaitu Kerajaan Teknokrat.
Ianya sama seperti semasa beliau perkenalkan gagasan Kerajaan Perpaduan (Unity Govenrment) beberapa tahun lepas ( yang isunya berpanjangan sampai sekarang).
Kedua dua istilah tersebut adalah istilah dalam ilmu sains politik. Bukan istilah yang direka reka beliau. Sebagai seorang sarjana (Masters) dalam Siasah Syariah dan pengamal politik berpengalaman, beliau membawa idea idea yg sekaligus menjadi pendidikan politik secara praktikal kpd negara ini.
Kedua dua bentuk kerajaan tersebut, Kerajaan Teknokrat dan Kerajaan Perpaduan adalah antara kaedah penyelesaian kepada kemelut politik yang dihadapi oleh sesuatu negara.
Apabila Pemerintah dan Pembangkang hampir sama kuat atau sama sama lemah, parlimen tidak boleh membuat keputusan besar termasuk kelulusan bajet, pindaan undang undang dan akta akta baru.
Suasana politik dan ekonomi menjadi tidak stabil.
Maka sebuah penyelesaian perlu dicari sebelum negara menjunam ke arah huru hara dan anarki.
Kerajaan Teknokrat dan Kerajaan Perpaduan ialah penyelesaian berbentuk sementara bagi mengatasi kemelut dan ketidakstabilan tersebut.
Apabila pentadbiran kerajaan kembali berfungsi secara normal, suasana politik kembali stabil, kepimpinan diserahkan semula kpd parti parti politik yg dipilih rakyat.
Kerajaan Teknokrat adalah sebuah kerajaan sementara di mana pimpinan kerajaan seperti PM dan kabinetnya dilantik dari kalangan tokoh Teknokrat, bukan ahli politik. Mereka bukan dari kalangan pimpinan politik mana mana parti. Antaranya, mereka boleh dilantik dari kalangan tokoh akademik, korporat, aktivis sosial mahupun ahli pentadbiran jentera kerajaan.
Jadi keputusan yg dibuat mereka tidak dipengaruhi kecenderungan kepartian. Juga tidak ditentang oleh Pembangkang.
Maka negara berpeluang kembali normal.
UG pula ialah satu lagi penyelesaian sementara di mana semua parti politik terlibat dalam pentadbiran negara. Bersatu dalam pentadbiran pemerintahan sebab itu digelar Unity atau Perpaduan.
Jadi tiada lagi Pembangkang kerana semuanya berada dalam kerajaan sementara tersebut. Tidak ada parti yang tersisih.
Dalam kerajaan tanpa pembangkang ini, keputusan dibuat secara kolektif, maka  negara berpeluang kembali normal.
Setelah politik dan ekonomi kembali stabil, kjaan diserahkan kembali kpd parti parti politik.Pilihanraya baru diadakan bagi memilih keraiaan politik yang baru.
Inilah pendidikan politik yang dibawa DSHH kepada negara  ini. Dibawa dalam bentuk cadangan atau gagasan kepada ahli politik dan rakyat awam.
Beliau berada banyak langkah di hadapan pemimpin pemimpin lain termasuk pimpinan BN  dan pimpinan pembangkang.
Kejahilan dalam ilmu politik ini dan kegopohan mereka mengetepikan idea idea bernas dan besar tersebut menyaksikan peluang peluang penyatuan rakyat negara ini terlepas begitu sahaja.
Sekarang DSHH membawa satu lagi pendekatan baru iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang dipandu prinsip prinsip politik Islam.
Pendekatan Politik baru ini menekankan kepada inisiatif Penyelesaian Masalah bukan hanya menimbulkan masalah.
Matlamatnya ialah sistem  Islam yang memerintah negara. Siapa yang memerintah juga amat penting tetapi bukan perkiraan paling utama.
Pendekatan ini juga membawa prinsip Politik Dakwah. Objektif politiknya ialah mengubah dan menyelamatkan manusia termasuk "musuh" politik. Ianya bukan bertujuan menjatuhkan musuh politik secara membuta tuli; "tak kisah apa sahaja, asal kan musuh politik jatuh dan musnah" - Ini bukan politik Islam.
Politik Damai ini juga tidak mahu tergesa gesa membawa rakyat beremosi di jalanan, tapi mengajak dan mengajar rakyat berkongres, berwacana. Bersama selesaikan masalah secara rasional.
Unjukrasa di jalanan menjadi pilihan terakhir, hanya apabila benar benar perlu dan tiada pilihan lain yang berkesan.
Ini semua budaya politik non-conventional yang mendidik ahli politik dan rakyat agar sentiasa mencari kaedah yang lebih inovatif dalam menangani urusan politik.
Kita berharap mutiara mutiara politik yg ditaburkan TGHH dapat dikutip, dihargai dan diguna pakai oleh semua pihak demi kesejahteraan negara.
* Penulis adalah Presiden, Ikatan Ilmuan Nasional.

8 comments:

  1. Setakat ckp negara teknokrat... pkai air liur.... bolehlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadi koplo and loyo ini mcm pandai....sbb tu jadi mb nganu sepenggal...kedah sepengal dan perak tak de penggal....udah lah hadi oiii....mung balik sotong je lah

      Delete
  2. Biasa la...membodek dan mengiyakan sesuatu yg janggal dlm demokrasi. Parti yg lemah sepatutnya mengundur diri. Lihat jepun. Lihat Uk.
    kamu lemah..kamu undur. Tidak ada teknokrat..tidak ada ug. Ini politik.
    .

    ReplyDelete
  3. Budak Bahalol

    Cakap Teknokrat ke ,Tololkerat ke tetap Budak Bahalol

    Kalau sudah muka Bahalol , gaya apa pun tetap nampak Bahalol

    Otak Cetek candat SOTONG tak ke mana pon

    Tu sebab kat Sungai tak ada SOTONG , hanya Si TOLOL

    Kepala Otak !!!!!!

    ReplyDelete
  4. berfikir jauh kehadapan atau menghalalkan matlamat?? jika diselidiki betul2 hadi bukan lah seorang yang berpemikiran jauh, apa lagi berpemikiran jauh kehadapan. terlalu bnyk bukti. cthnya hal gst, apa kah syor hadi?? yilek?? masalah 1mdb apa kah pendirian hadi?? dua isu utama ni saja menjadikan hadi terkumat kamit mcm org bangang makan sireh. ni kan pula nak jadi kerajaan tekonorat atau apa2 sj lah?? kalau org parti lutut boleh lah hadi dungukan. tu saja menmbuktikan pemikiran hadi adalah sekitar ruang litup serbannya shj. apa yang hadi lakukan sekarang adalah menjadi barua kepada najib. objektifnya bagi menyelamatkan najib. balasan pula tentu lah ehem ehem. utk itu terpaksa la merekacipta slogan bagi menghalalkan matlamat. nasib baik la rakyat tak sedungu org pas dalam memikir dan menilai sesuatu.

    ReplyDelete
  5. Walaun dan barua Dap mmg membangkang je kerja depa ........ cakap berdegar2 tapi habuk pun tarak ! Politik depa politik emosional ...... yg depa tahu hanya jatuhkan kerajaan tapi tanpa depa sedar musuh2 pun turut tumpang semangkuk utk ambil peluang ....... pas tu yg merana adalah generasi akan datang ....... sekali negara hancur jadi mcm mesir atau syria ....... menyesal pun tak guna ........ mmg barua tetap barua dan walaun ...... yg depa pentingkan ialah balas dendam kesumat ! Konon perjuangkan hak2 rakyat ....... ptui !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa juga cadangan atau gagasan mestilah rasional, berpijak dibumi nyata dan praktikal.

      Hadi ambil konsep Kerajaan Perpaduan dari Lubnan. Disana terdapat 3 kelompok atau parti yg dosokong berlatarkan ugama Sunni, Shiah dan Kristian. Tidak ada pihak yg boleh menang majoriti mudah di parlimen dlm.setiap pilihanraya. Lalu ditubuhkan kerajaan UG. Dalam UG Lubnan Kristian diberi kerusi Presiden, Sunni diberi kerusi PM dan Shiah diberi kerusi Speaker Parlimen. Yg paling berpengaruh dan eksekutif adalah PM

      DiMalaysia BN ada majoriti mudah dan boleh memerintah tanpa pertolongan pembangkang. BN tak perlu UG... yg BN perlukan ialah memecah belahkan pembangkang. Walaupun Najib bodoh tapi Najib tak akan UG dgn pembangkang sebab lagi menyusahkan.

      Satu lagi kalau nak UG pembangkang mestilah bersatu supaya parti parti dlm pembangkang akan dilayan dgn adil.dlm UG. Tapi hakikatnya pembangkang berpecah dan punca perpecahan tak lain tak bukan ialah org yg mencadangkan UG sendiri.

      Idea UG dan kerajaan teknokrat ini tidak praktikal dlm realiti semasa di Malaysia. Idea ni digembar gemburkan hanya utk mengumpan Hadi dan memecahbelahkan pembangkang.

      Dah sampai masanya org yg tidak bijak dan tidak berkebolehan spt Hadi berundur.

      Delete
    2. ini org biro tatanegara or warisan yg bckp ni
      benci betul dgn dap...tapi kat penang dan sgor meratah gaji tiap bulan
      lu ckp org lagi lu samdol balaci munafiq...

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa