Monday, November 30, 2015

Kalau betul macam ni UMNO memang dalam nazak!

Hakikatnya undi popular dalam PRU13 yang lalu, UMNO/BN sudah pun kalah!

Muhyiddin: Sokongan orang Melayu pada Umno tinggal 30%
Hafiz Yatim  - 
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa sokongan orang Melayu kepada parti itu kini tinggal 30 peratus, manakala 78 peratus lagi tidak berpuas hati dengan keadaan semasa ekonomi.
Memetik kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center, Muhyiddin berkata, sokongan orang Melayu kepada Umno selama ini melebihi 50 peratus.
Bagaimanapun, tegasnya, sokongan itu tinggal 30 peratus sekarang.
Umno, katanya, sentiasa berada di barisan hadapan dari segi mendapatkan sokongan orang Melayu, tetapi ini telah berkurangan.
Begitu juga, katanya, dengan peratusan yang berpuas hati dengan keadaan ekonomi sekarang hanya 17 peratus manakala 78 peratus tidak berpuas hati.
Tahap sokongan kaum Cina kepada kerajaan, katanya, juga telah berkurangan daripada 13 peratus pada pilihan raya umum lepas, kepada hanya lima peratus pada masa ini dan ia mungkin lebih rendah dalam dua tahun.
Muhyiddin berkata, ini adalah realiti yang dihadapi Umno dan BN ekoran kepimpinan sekarang dan 1MDB.
Dan jika tidak diperbetulkan, tegasnya, dalam tempoh dua tahun (pada pilihan raya umum akan datang), Umno boleh kalah.
Bercakap lebih satu jam di perhimpunan Umno Bahagian Pagoh semalam sebagai tanda sokongan untuk beliau, Muhyiddin berharap kepimpinan sekarang, sama ada di peringkat bahagian atau Majlis Tertinggi, akan mengambil iktibar daripada kaji selidik itu, kerana ia mewakili sentimen rakyat.
Bagaimanapun, timbalan presiden Umno itu tidak menyatakan bilakah kajian Merdeka Center itu telah dijalankan.
Muhyiddin, yang juga ahli Parlimen Pagoh dan bekas timbalan perdana menteri berkata, itulah sebabnya beliau telah menyuarakan kebimbangannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara berkaitan 1MDB.
Tindakannya itu, jelas Muhyiddin, adalah untuk cuba membetulkan keadaan dan parti.

5 comments:

  1. Alhamdulillah jika umno kalah...aku harap semua buat sujud syukur 2 rakaat...puak presideng pas kene wat lbh skt...pasal Nk kene tambah solat hajat untuk kerajaan perpaduan...x gitu puak pas presideng...lpas ni bole la bljar mancing laut dlm dgn haron din n hadi awang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah sekarang adalah sistem dalam umno bn,naik sapa pun sama je.ganti orang je tapi perangai dan kelakuan sama je.dulu masa muhyidin ada kuasa,adake dia peduli pasal susah rakyat,semua yang kerajaan buat baik belaka,berbilion2 lesap pun ok semua.sokong lagi bajet hampeh yg menyusahkan rakyat.elok la umno kalah,tak menyusahkan rakyat.kecuali pada yang berangan nak jadi penasihat 25% najib dan nak kenyangkan tembolok sendiri je.

      Delete
  2. Amiin. Mudah mudahan lingkup UMNO BN kali ni dan selama lamanya.

    ReplyDelete
  3. Biar lah umnobn ni berkubur tanpa Nisan ,..

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dgn anon 3.49pm jika sekiranya pengganti umno org2 yg x beragama.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa