Friday, November 27, 2015

Luahan kecewa Muhyiddin Yassin

Mesyuarat MT UMNO semalam memutuskan perasmian serentak persidangan sayap-sayap tidak akan dibuat sebagaimana lazimnya. Sebaliknya, ketua-ketua sayap akan merasmikan persidangan masing-masing. Sejak 6 tahun yang lalu sebagai Timbalan Presiden, menyampaikan amanat kepada perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang datang dari segenap pelusuk negara sentiasa saya laksanakan dengan penuh tanggungjawab. Ia adalah ucapan terpenting saya di hadapan para pejuang parti yang melakarkan harapan serta cita-cita saya agar UMNO terus gagah meredah cabaran zaman.

Nampaknya, saya tidak berpeluang lagi untuk menyampaikan amanat saya dalam satu majlis yang amat bermakna buat saya sebagai Timbalan Presiden. Saya diberitahu ada pihak-pihak tertentu yang mahu menghalang saya daripada berucap. Apalah dosa yang telah saya lakukan terhadap UMNO sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada setiap Timbalan Presiden dinafikan kepada saya pada tahun ini? Atau apakah ada mereka yg cukup takut dengan apa yang akan saya ungkapkan di hadapan anak-anak muda yang dipercayai boleh meluputkan keyakinan kepada seseorang pemimpin.

Sementara saya menghormati keputusan MT, tetapi saya juga ingin mengingatkan mereka bahawa dalam sebuah negara yang bebas dan merdeka, tiada siapa yang boleh mendiamkan saya. Saya akan terus berbicara menyatakan yang hak. Perjuangan saya di dalam UMNO bukanlah untuk mempertahankan mana-mana individu, tetapi untuk membela agama, bangsa dan negara yang tercinta.

InsyaAllah, saya akan terus istiqamah di atas landasan perjuangan suci ini. "Faidza 'Azamta Fatawakkal 'Alallah". ("Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah"- Ali-Imran:159).
Allahuakbar!

3 comments:

  1. Abe

    Dalam soal ini nampaknya PAS mendahului UMNO. Ini kali pertama, UMNO meniru PAS.

    ReplyDelete
  2. You nak sedih apa Tan Sri...
    Sebelum you ambil tindakan lawan tokey tak kan you tak fikir consequencesnya. You must accept the fact (kalau orang Philippines cakap bunyinya " accept the fuck) that you lost in a political move.

    We know that initially, You intended to call former AG and BNM Governor to confront Najib and force him into retirement with draft accusation papers on PM's misconduct in MDB deals. Unfortunately Najib moved one step ahead by dismissing You and the AG, as well as at the same time compromising the position of Zeti with all sorts of orchestrated accusations about her husband's "wrong-doings".

    You must have regretted...duduk jadi DPM elok-elok ada drebar, bodyguard, UTK escort....umur dah tua tapi masih bernafsu nak jadi PM juga.

    I guess you lawan tokey bukan kerana Allah atau kerana MDB, tapi pasai u nak jadi PM. kalau perjuangan u kerana Allah tiada perlu ada kesedihan atau kekesalan.....sebaliknya you perlu meningkatkan serangan menentang penyelewengan....

    ReplyDelete
  3. Ko ada ke takda ke takda kesan pd rakyat kecil macam kami..ko juga part of team yg support gst,hapus subsidi minyak,bela kroni dan tekan rakyat..cuma kali ni bos ko makan sorang2..cuba dia share ngan ko..aku ingat smpai la ni ko sonyap...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa