Sunday, November 29, 2015

Masih tak habis dengan fi'el badot dan lawak

Obama dah pergi, baru Nasha nak bersuara?
Posted on Saturday, November 28 @ 22:27:55 MYT by paktam
Oleh Nomy Nozwir

Minggu lalu, heboh ketua bagi segala ketua negara dalam dunia ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama datang ke negara ini buat kali kedua sepanjang beliau menjadi presiden.

Ini sememangnya bersejarah kerana sebelum Obama, satu-satunya presiden AS yang pernah datang ke Malaysia ialah Presiden Lyndon Johnson pada zaman Perang Dingin, dan itu pun sekali.

Dan sejak Amerika menjadi kuasa dunia sejak Perang Dunia Kedua, jika seorang presiden AS datang ke sesebuah negara, negara itu menjadi sangat penting bagi kuasa dunia itu untuk meneruskan kuasa hegemoni mereka.

Semasa Perang Dingin dan Perang Vietnam, Johnson datang sekali ke negara ini kerana pada masa itu Amerika sedang cuba menghalang 'efek domino' daripada komunisme yang terus merebak ke seluruh Asia Tenggara.

Tapi apa pula kedatangan Obama kali ini, sampai 2 kali pula tu?

Apa pun jua persoalan yang muncul dalam kotak fikiran saya, semua itu tidak penting kerana negara ini sudah sejak merdeka lagi sudah menjadi rakan sampingan, dan kalau dalam bahasa kasarnya, barua setia AS.

Kehadiran presiden AS ke negara-negara barua ini sangatlah besar ertinya, terutamanya negara yang bergantung kepada kekuasaan bala tentera Washington ini.

Jadi pelbagai acara dan bermacam-macam keraian dilakukan bagi menyambut 'maharaja' yang datang melawat 'vassal state' agar mereka terus dilihat setia dengan Washington, tidak kiralah 'maharaja' itu Demokrat, atau Republikan.

Dan pada masa inilah, Obama bercakap tentang hak LGBT, kebebasan media, dan banyak perkara yang menyelar pentadbiran negara ini.

Dan apabila presiden AS ini, bercakap tentang ini, di negara ini, semua ahli politik dan NGO Melayu yang selama ini bising tentang penularan "masalah" LGBT ini pun menikus dan diam seribu bahasa.

Apabila kapal terbang Air Force One sudah pun berlepas keluar dari negara ini, maka mereka yang menikus tadi pun barulah nak keluar dan memekik-mekik tentang apa yang dikatakan Obama semasa dia di negara ini.

Contohnya seperti apa yang dikatakan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) Nasharuddin Mat Isa dalam satu kenyataannya.

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata Obama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan agar Malaysia menerima konsep perkahwinan sejenis.

“Kita tidak perlu mana-mana pihak luar mengajar kita bagaimana untuk mengurus negara. Kita yang berhak mentadbir dan mengurus kedaulatan negara ini.

“Apa yang orang lain buat di negara masing-masing itu hak mereka. Dalam konteks Malaysia, kita ada Perlembagaan yang jelas meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

“Saya merasa sangat kesal dengan kenyataannya. Dia (Obama) hendak suarakan pandangan itu hak dia, tetapi Malaysia harus kekal dengan pendirian kita letakkan Islam sebagai hukum tertinggi dalam negara kita,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian pada Selasa lalu.

Persoalan saya ialah, kenapa Nasha tidak bercakap ketika Obama sedang berada di negara ini?

Kenapa dia dah lepas baru nak bercakap tentang semua ini?

Tidakkah perbuatan ini seperti melepaskan batuk di tangga, dan kenapa seperti tulisan kolumnis The Malaysian Insider, Amin Iskandar ada menulis minggu lalu, kenapa tidak ditangkap dan didakwa Obama ini kerana mengeluarkan kenyataan berbau hasutan?

Jawapannya senang saja. Pentadbiran negara ini tahu, ketua polis negara, Jabatan Kehakiman Negara, NGO Melayu-Islam ini semua tahu tentang hakikat ini.

Obama tidak mungkin akan didakwa dan ditahan atau ditangkap atau disabit kesalahan di negara ini.

Sebab Malaysia cuma 'vassal state' bagi Amerika. Gila apa nak dakwa 'maharaja dunia'?

Paling-paling pun lah, mereka cuma boleh buat macam mana Tun Dr Mahathir Mohamad pernah buat, mendakwa seorang lagi bekas presiden AS George W Bush dan perdana menteri United Kingdom Tony Blair atas kekejaman di Iraq dalam satu mahkamah tribunal syok sendiri yang pernah dibuat pada 2011.

Mungkin lepas ini, Nasha Mat Isa, atau Hadi Awang, atau semua orang yang gila hudud, boleh ikat effigi, patung yang berupa seperti Obama, dan ikat patung tersebut di tengah-tengah dataran, dan lontarkan batu seperti hukum hudud bagi mereka yang melakukan hubungan homoseksual.~TMI 

10 comments:

  1. cantek ayat mamat ni gila hudud
    gila maksiat beselirat buat buta pulak mata
    elokla bala demi bala menimpa
    pakat rasa akibatnya

    ReplyDelete
  2. Jangan sesat dan syirik
    terima kenyataan dengan dada yang terbuka
    Pas bukan agama
    ulamak pas bukan maksum
    Cuma seorg manusia biasa yang sama spt manusia lain
    suka kereta mewah
    suka tibai balak
    suka pitis banyak
    ...

    ReplyDelete
  3. Pekik sana sini nak hudud...
    sampai gaduh2 dgn rakan
    tapi last2...nak tukar benda tu je...

    Kah3...
    mengong2 PAS ni

    ReplyDelete
  4. Ulama ni bisu bila obama ada.......bila obama tiada ulama jadi buta pulak.....patut la bala turun. Mana hadi mana harun mana taikiri mana mana mana mana........nik amar mat yakop.

    ReplyDelete
  5. Nasharudin nak kesal ...biar betol..pejuang Islam ke dia ni .. atau dedalu menumpang cari makan....fikr lah sikit Nasharodin..Malaysia ini di mata USA negara bangsat... dgfn Perdana Menteri yang bangsat dipilih oleh rakyat bangsat....kalau tidak tak akan rasuah depan mata sebesar gunung boleh tak nampak...ingat di Malaysia yang dicari polis bukan penjenayah tapi pemberi maklumat utk di dakwa dgn SOSMA.... hei Nasha ingat kamu itu sebahagian dari kebangsatan...

    ReplyDelete
  6. Maksud gila hudud rasanya individu yg terpekik telolong kononnya nak buat hudud sampai tak bgtau rakan2,ahli2 pun tak tau.
    Rupanya hudud yg dicanang tu bukan hudud alquran tapi pindaan undang2 syariah..
    Last2 masa bentang sigila hudud tu ponteng pi ke jepun..
    Katanya parti ni takmau hudud,parti itu tentang hudud,dia saja yg nak hudud.tapi dia tak laksanakan pun hudud di negeri sendiri walaupun sultan negeri tu dah perkenankan..
    Last2 pecah tembelang,hudud tu mainan cari makan je pun..
    Petikan nik amar,..
    Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ada di kalangan orang PAS sendiri yang menganggap bahawa PAS sudah masuk dalam perangkap Umno dan ditipu oleh Umno.

    “Saya bagi tahu dulu mengapa kita berurusan dengan Umno? Sebab ‘kuncinya’ duduk dengan Umno kerana dia pegang kuasa politik negara. Itulah sebab besar. Serupa kita nak beli rempah, kita kena pergi kedai India pasal India jual rempah. Begitulah caranya. Nak beli motosikal kena pergi kedai Cina sebab Cina jual motosikal.

    Pada 28hb April 2014, Jamil Khir berkata Kerajaan Pusat tidak akan menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan.

    Hari ini, setelah didesak oleh Mahfuz Omar, Jamil Khir yang sama mengaku tidak berhasrat dan berusaha untuk membawa Ruu Syariah ini.

    Dari tarikh 28 April 2014 sehingga hari ini telah berlaku beberapa peristiwa besar akibat hudud ini:

    1) Pecahnya Pakatan Rakyat

    2) Pecahnya PAS

    Ulama2 dlm PAS sanggup melihat hancur lebur Pakatan Rakyat serta PAS hanya kerana pembohongan UMNO dan Najib.

    Yang penting jawatang mereka dlm parti terjaga dan org2 yg mereka benci dihalau dari parti melalui Chai mereka

    Islam dah jadi alat untuk mengejar dunia dalam PAS sekarang ni.

    Mahfuz telah dihalau keluar dewan kerana bertikam lidah mempersoalkan janji Jawatankuasa teknikal Umno untuk membawa Ruu syariah Hudud Kelantan dlm persidangan dewan. Jamil Khir mengaku tidak berhasrat dan berusaha untuk membawa Ruu Syariah ini.

    Pengakuan ini menyebabkan Mahfuz naik angin.


    Akhirnya Pokok Sena berjaya membongkar tembelang Umno buat kali ketiga hingga terpaksa dihalau keluar dewan rakyat.
    Jamil Khir Baharom mengaku Umno tidak berhasrat langsung mahu menyokong jauh sekali membawa bill meminda Akta 355 walaupun itulah yang dikehendaki Marang sampai Pakatan Rakyat hancur.
    Mana Pasir Mas? Ke mana Kuala Nerus? Kenapa Temerloh senyap? Dan adakah Marang hilang lagi?

    ReplyDelete
  7. Orang pas mcm tu saja la..
    Berani kut belakang,nak komen tak berani berdepan..
    Mengata org dalam fb,syarah bedegar berdetum detam,org ajak debat tak berani.
    Pastu pandai jawab,debat bukan budaya kita.
    Bihtu mengata org kat belakang,tuduh org tanpa bukti,tu budaya kita la kut?

    ReplyDelete
  8. Pembesar2 PAS, drp mr presideng, MA, ketua MSU jadi bila Obama menghina hukum Islam.
    Adakah kita rakyat masih nk beri kepercayaan kpd mereka?
    Mereka berpolitik tp idea mereka jumud bila berhadapan dgn masalah realiti kehidupan.
    Bila berceramah menghina bekas rakan, bukan main hebatnya mereka!!

    ReplyDelete
  9. Salam..dh mnjadi rahsia trbuka yg ahli2 akar umbi pas lani dh smakin mluat dgan krenah pmimpin parti yg berasaskan Islam ni..ko lama ko melalut..yg maksiat bleluasa d dlm negara ni,apa yg hangpa buat..pmimpin pas dlu2 kosisten nk mnumbangkan krajaan yg haprak ni..alih2 ada plak yg teringin sgt2 nk trjun dlm tong taik..pulak tu nk heret smua skali supaya rmai2 trpalit dngan Najis..apa la punya mangkak(bangang) pmimpin ni..obama tak mai malaysia pun negara dh tunggang langgang..dengan gejala sosial,maksiat bleluasa,rasuah yg xtau bila nk settle,harta ngara d gunapakai mcm harta mak bapak depa,kluar lesen judi mcm negara ni negara bkan islam,arak siap ada kilang kluarkan besar2ran dan blablabla..dok tbengtang dpan mata lg buat2 xnmpak..ada plak yg nk g nasihat ,knonnya bajet najib bnyak yg baik kpada rakyat..baik tang mana..yg kami tgok ngara smakin hari smakin tnggang lngang..khidupan rakyat smakin hari smakin susah..d tmbah pulak dgan glagat2 pmimpin politik yg cacarmerba,seolah2 d serang sjenis virus sawang gila %$#@..yg mloya ari2 mlayan kelaku pmimpin2 atasan ni adalah kami(rakyat)..sudahla kamu pmimpin2 atasan brmain sandiwara,kami d bwh ni dh jelak dn muak..arap ada yg brani rmpas streng bas dri driver sebab driver dh jumpak dstinasi..dstinasinya gaung Najis..driver nk pnumpang pun sama2 terjun dlm Najis,krana njis dh bleh d harumkan,dh x bsuk..apa la nk jd dgan ngara ni,dpt pmimpin smua kaki belit..akhirnya rakyat bwahan yg jd mangsa,tersepit xtau nk p mana..smoga Allah swt mnunjukkan sgala kbenaran..aamiin...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa