Sunday, November 15, 2015

Sape yang kurang cerdik agaknya?

Sunday, November 15, 2015
 ....Dah sama-sama buat laporan polis pulak dahhhhhh...... 

Isu salah guna wang YaPEIM: Jamil Khir dan Akmal akan buat laporan polis 
Jamil Khir telah menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang daripada fakta sebenar. - Foto arkib TRP/ Syahirah Roslan 

KUALA LUMPUR, 15 November: 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan membuat laporan polis hari ini, berhubung isu penyalahgunaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). 

Laporan polis juga akan dibuat oleh Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Negara (NOW), Akmal Nasir di Balai Polis Dang Wangi, hari ini, berhubung isu sama. 

Kelmarin, Akmal dilaporkan sebagai mendakwa, wang anak yatim sebanyak RM410,978.56 digunakan untuk membiayai perjalanan menteri peringkat tertinggi Umno ke Amerika Syarikat, dengan sebahagian daripada jadual adalah membeli-belah dan bermain golf. 

Beberapa invois yang diperolehi daripada sumber tidak dinamakan turut mendedahkan, bukan sekadar menteri, tetapi beliau turut disertai isterinya dan rombongan pada hari kesembilan ke Washington, Minnesota serta Iowa. 

Jamil Khir menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang daripada fakta sebenar. 

Jelasnya, adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkannya.

“Dakwaan kononnya program saya di AS lebih bersifat bersuka-ria dengan menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti serta maruah saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri,” katanya pada Jumaat lalu. 

Isnin lalu, Akmal mendakwa Timbalan Pengerusi YaPEIM yang juga ahli Wanita Umno Kelantan menerima RM223,000 daripada yayasan itu, bagi penganjuran aktiviti kemasyarakatan sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin. 

Bagaimanapun, tiada laporan berhubung sebarang kegiatan yang dijalankan, sekalipun berdasarkan laporan, ahli Umno Kelantan dan YaPEIM telah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berhubung dakwaan penyelewengan dana bantuan banjir. 

YaPEIM menjadi perhatian sejak minggu lalu, berhubung dakwaan salah guna dana dan lebihan pembayaran gaji kepada pengurus atasannya. - sumber

5 comments:

  1. My brother recommended I might like this website. He was totally right.

    This post truly made my day. You can not imagine simply how much time I had spent for
    this info! Thanks!

    My web site; Online Empire Maker Scam

    ReplyDelete
  2. Selagi boleh sapu...sapuuuuuuu..
    janji pulus masyukkkk

    ReplyDelete
  3. Dunia buleh lepaih la...

    ReplyDelete
  4. Byk sgt belanjanya pakai duit anak yatim.katanya ada program keluarga yg belanjanya melebih lebih.pergi shoping bayar teksipun pakai duit anak yatim.semua main gaul sekali mana tak mahalnya.senang senang pakai duit anak yatim yg dikumpul byk tu.tu yg duduk sibuk kumpul bkn nak guna utk kesenangan anak yatim tp kegunaan org terrentu pergi shoping.nak kena la tu.nasib baik taj guna buat bailout syarikat kroni mcm tabung haji

    ReplyDelete
  5. teringat cerita kakak nak beli susu anak kena berjimat. berdasarkan invois menteri boleh nak k/terbang sampai tiket mencecah ratus ribu rgt. brp banyak susu boleh beli utk rakyat?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa