Saturday, November 28, 2015

Tiada usul menolak Najib, Hishamuddin kantoi: Sebenar ada usul tolak Najib tapi disekat

Ada usul tolak Najib tapi disekat, dedah pemimpin cawangan
OLEH MD IZWAN
Published: 28 November 2015 9:00 AM
Ketua Umno Cawangan Taman TKK Kamarul Azman Habibur Rahman (duduk dua dari kanan) bercakap pada sidang media di Puchong, Selangor, semalam. Beliau mendedahkan terdapat usul menolak Datuk Seri Najib Razak disekat pada peringkat bahagian bagi menunjukkan seolah-olah tiada penentangan berlaku. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 November, 2015.

Seorang pemimpin Umno akar umbi, Kamarul Azman Habibur Rahman mendedahkan usul menolak Datuk Seri Najib Razak ada dicadangkan semasa mesyuarat perwakilan lalu, tetapi disekat di peringkat bahagian kerana mahu menunjukkan seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
Ketua Umno Cawangan Taman TKK itu berkata, usul-usul menolak Najib yang dibawa peringkat cawangan tidak sampai ke bahagian, malah ia ditapis terlebih dahulu.
"Kalau kita kaji, memang ada usul yang menolak presiden tetapi usul yang dibawa daripada cawangan ke bahagian tidak sampai.
"Selalunya akan ditapis sebelum ataupun ketika sampai di peringkat bahagian. Jadi itu ternampak seakan-akan keadaan di bahagian tenang tetapi sebenarnya bergolak," kata Kamarul pada sidang media bersama ketua-ketua Umno cawangan lain di Puchong malam tadi.
Menurutnya, salah satu cawangan yang membawa usul itu ialah Umno Cawangan Taman TKK.
"Banyak sebenarnya cawangan-cawangan yang memohon supaya presiden berundur, salah satu cawangan yang membuat usul itu adalah cawangan Taman TKK dari Bahagian Teluk Kemang.
"Tetapi tidak dibacakan ke peringkat bahagian kerana ada usaha untuk menutup usul-usul yang dibawa daripada cawangan," katanya.
Sebelum ini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menjaga proses usul mengatakan tiada usul menolak Najib dibawa pada perhimpunan agung bulan depan.
Hishammuddin berkata sebanyak 132 usul dibawa yang menyatakan sokongan kepada Najib selaku presiden Umno. 
Namun, Kamarul mempertikaikan kenyataan Hishammuddin itu.
"Ya, boleh dipertikaikan, amat-amat boleh dipertikaikan," katanya. – 28 November, 2015.

1 comment:

  1. Dulu hampir kalah di Pekan. Kini sudah berbunga usul ditolak. Kelak tiada jawatan selama lamanya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa