Wednesday, December 23, 2015

Ada pihak berkuasa ambil tahu kenapa insiden ini berlaku?

Kebiasaannya pihak polis akan memburu siapa yang melakukan
Tapi pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri sepatutnya peka dengan keadaan dan bertindak terlebih dahulu supaya perkara sebegini tidak berlaku

Penduduk nekad bakar lori bauksit
NORAWAZNI YUSOF
23 DISEMBER 2015
Satu lagi kebakaran lori bauksit dilaporkan berlaku akibat kemarahan penduduk setempat.

KUANTAN – Penduduk kini semakin berani bertindak sendiri dengan membakar lori bauksit kerana kecewa dengan tindakan kerajaan negeri yang gagal menangani masalah berkenaan.

Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, melihat trend kemarahan itu, kerajaan negeri digesa segera tangani masalah berkenaan sebelum tercetusnya masalah lebih rumit.

“Kerajaan tidak boleh melengah-lengahkan lagi perkara ini dan saya bimbang kejadian sama terus berulang memandangkan ini kali keenam kejadian lori terbakar berlaku.

"Jadi dalam hal ini, kerajaan atau pihak berkenaan perlu membuat sesuatu agar masyarakat tidak bertindak sendiri kerana ia boleh mengundang sesuatu yang lebih teruk lagi berlaku pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Menurutnya, kebangkitan masyarakat di negeri ini dapat dilihat selepas kejadian maut membabitkan seorang guru akibat ditimba tayar lori bauksit yang tercabut dan terpelanting kelmarin.

“Selepas tragedi itu, masyarakat mula melihat kegagalan pihak berkuasa untuk menangani dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung masalah tersebut.

“Alasan ini menyebabkan masyarakat nekad untuk mengambil tindakan sendiri dan ini akan mengundang pelbagai kejadian tidak diingini,” katanya.

Dalam pada itu, Andansura menyuarakan kekesalan kerana perkara ini berulang kali dibangkitkan dalam sidang Dun, namun kerajaan negeri tidak bertindak untuk memperbetulkan keadaan ini.

Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan negeri mengambil tindakan segera dengan memberhentikan semua aktiviti perlombongan bauksit.


“Kita minta agar kerajaan dengar suara rakyat demi kesejahteraan semua penduduk di daerah ini,” katanya.

5 comments:

  1. Projek diraja...siapa betani kacau...bakar n terus bakar semua lori...malaysia bkn hak milik individu..

    ReplyDelete
  2. Tidak mengapa perlombongan bauksit akan hanya mencemarkan kehidupan dan alam sekitar.......Kata penduduk Kuantan, janji Raja Kapur (suku-sakat dalang Bauksit) ini boleh hidup mewah dan kaya raya biar rakyat setempat yang menanggung akibatnya. Daulat TuangKuuuuu!

    Begitu juga fenomena banjir yang datang dari hulu sungai Pahang yang dibotakkan oleh suku-sakat kerabat Raja kapur. Rakyat juga yang menanggung sengsara dan Sultan datang berlakon tunjuk simpati, marah sana sini kerana banjir, sedangkan semua bala itu datangnya dari tangan-tangan mereka.

    Undi lagi UMNO dan bela lagi pemimpin serta menteri UMNO agar mereka ini boleh jadi barua kepada suku sakat Raja kapur.

    ReplyDelete
  3. Najib diam je...Kn org pahang..kata sultan pahang nesra rakyat...x kn x leh setel lg....adnan jari hantu senyap je...duit derma banjir pun x dpt lg...dpt bala lain pula...kesian...kpd warga pahang bersatu teguh..bercerai roboh...lawan sampai habis lori kasi bakar...b x kn nama x gajah tp takut mc n cencurut...

    ReplyDelete
  4. Najib diam je...Kn org pahang..kata sultan pahang nesra rakyat...x kn x leh setel lg....adnan jari hantu senyap je...duit derma banjir pun x dpt lg...dpt bala lain pula...kesian...kpd warga pahang bersatu teguh..bercerai roboh...lawan sampai habis lori kasi bakar...b x kn nama tok gajah tp takut mc n cencurut...

    ReplyDelete
  5. hahahaha...naseb kaau la labu..dah bagitau..wat bodoh jer

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa