Friday, December 18, 2015

Bebelan geram rakyat marhaen terhadap Azmin Ali

WEDDING OF THE YEAR BY JOKOMIN

Baru-baru ini bertebaran di laman sosial gambar-gambar majlis kenduri sambut menantu Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamad Azmin Ali. Kenduri sambut menantu yg turut dihadiri oleh 2 Sultan.

Turut hadir 'ayahanda' Tun Mahathir dan Timbalan Presiden Umno.

Lebih menariknya, Presiden Amanah, Presiden Keadilan dan Setiausaha Agung DAP tidak kelihatan dalam majlis hebat tersebut. Presiden Keadilan dikatakan tidak sihat. Dua lagi ketua parti berada di program-program yang telah diatur lebih awal.

Majlis yang hebat dan 'lavish' tersebut, mungkin sesuai dengan pemikiran sebahagian orang. Namun, sebagai pejuang rakyat, ia sangat menjolok mata. Apatah lagi, 'Dato' Seri Azmin' pernah melakonkan watak "ala-Jokowi" dengan program terjah beliau sewaktu mula-mula menjawat jawatan Menteri Besar tersebut.

Apakah benar kerusi Menteri Besar Selangor itu berhantu? Apakah benar empuknya kerusi Menteri Besar Selangor itu mampu mengubah sikap seseorang pejuang? Atau kesedapan kerusi Menteri Besar Selangor itu memenjelmakan wajah sebenar seseorang?

Dalam tajuk kenduri menyambut menantu ini, saya hormat dan memuji cara Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz. Beliau berkenduri menyambut menantu dengan penuh kesederhanaan sekalipun pada masa itu, beliau adalah Menteri Besar Kelantan.

Yang lain itu lebih kurang sama dengan Najib dan Rosmah. Kalau boleh nak tunjuk pada satu dunia anak mereka melangsungkan perkahwinan.

"Wedding of the year" kononnya. Rakyat marhaen yang susah masih banyak menderita mencari sesuap nasi manakala pemimpin berhabisan melepaskan segala nafsu untuk memperlihatkan segala kemampuan yang ada.

Jadinya tidak jauh beza antara Azmin Ali Timbalan Presiden PKR dengan pemimpin Umno yang lain. Sebelum PRU segalanya di ucapkan untuk menarik sokongan. "Kami bersama rakyat!". "Elakkan penyelewengan harta kerajaan". "Rakyat didahulukan". "Membenteras salah guna kuasa". "Tumbangkan korupsi". Malah berbagai lagi cara dan janji untuk mendapatkan kuasa.

Bila dapat sahaja kuasa di tangan segalanya sudah boleh dilupakan. Nafsu untuk anak isteri, keluarga dan rakan taulan mula membuka-buak meletus bagaikan gunung berapi.

Pelbagai alasan untuk menghalalkan cara. Apa pun alasan yang kamu berikan, rakyat tengah menilai susun atur kamu. Baru setahun menjadi MB Selangor sudah mula menunjukkan taring. Rupanya kamu bersiong disebalik tabir.

Tunggu PRU14, wajah kamu akan di kembalikan kepada sediakala!

Shah Alam
Section 13

1 comment:

  1. seraya diingatkan azmin bukan calon mb first choice. dah dipaksakan, jadi terpaksa.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa