Saturday, December 26, 2015

Enam sebab kenapa Amanah akan kekal lama - Dr Agus Yusoff

FRIDAY, DECEMBER 25, 2015
AMANAH AKAN KEKAL LAMA, KATA DR AGUS YUSOFF

Ramai menyifatkan tidak boleh. Alasannya sejarah menunjukkan parti yang lahir sebagai serpihan PAS seperti Berjasa dan Hamim tidak kekal lama.  Sejarah dari serpihan parti UMNO juga begitu. Pada tahun 1950-an, IMP dan Parti Negara berkubur dan pada tahun 1996 pula S46 berkubur.

Atas hujah di atas, ramai yang pesimis tentang keupayaan Amanah untuk bertahan lama. Kata kawan saya, “selepas PRU-14 nanti, berkuburlah Amanah.”

Saya berpendapat tidaklah semudah itu untuk Amanah berkubur. Mengapa?

i. Amanah ditubuhkan bukan atas alasan kecewa dalam pemilihan parti, tetapi tidak bersetuju dengan dasar dan arah tuju pucuk pimpinan parti.

ii. Amanah dipimpin oleh pemimpin yang tahan uji dan komited dalam perjuangan untuk mewujudkan Malaysia yang progresif.

iii. Amanah mendapat sokongan anak muda dan kelas pertengahan yang kecewa dengan perjuangan Umno dan Pas. Mereka teruja dengan sistem dua parti dan mahu melihat adanya sistem semak dan imbang dalam politik Malaysia.

iv. Semua parti saingan Amanah sedang menghadapi masalah krisis kepimpinan dan keyakinan membolehkan Amanah memberikan persaingan yang kompetitif dalam politik negara, biarpun Amanah masih baru.

v. Amanah memperjuangkan isu yang dekat di hati rakyat—keadilan sosial, hubungan kaum yang harmoni, kemiskinan dan lainnya.  

vi. Amanah masih membawa konsep Islam sepertimana PAS, tetapi dengan wajah yang sederhana dan lebih inklusif.  Begitulah hujah saya kenapa Amanah boleh kekal lama dalam politik negara.

Tetapi alasan saya di atas tertakluk kepada kaveat berikut.

i. Pemimpin Amanah perlu lebih jelas dari segi hala tuju perjuangannya. Apakah Amanah sebagai alternatif kepada Pas, atau Amanah ada ‘produk baru’ yang ditawarkannya untuk rakyat?

ii. Amanah tidak boleh berdiri sendiri. Amanah perlu bergabung dengan parti-parti pembangkang yang lain sama ada itu dalam Pakatan Harapan atau lainnya.

Di akhir analisisnya, Kedudukan Amanah seterusnya dalam politik negara adalah bergantung kepada pencapaian Amanah dalam PRU-14.

Sekiranya Amanah gagal membawa impak dalam PRU-14 nanti, maka jalan ke arah Amanah terkubur itu jelas.

Justeru, ke depannya Amanah memerlukan tindakan strategik yang penuh taktikal untuk mendapat sokongan rakyat dan kekal lama dalam politik negara. ~ Dr Mohamad Agus Yusoff
- sumber

1 comment:

  1. Kita tgk je nanti.. Aku dgr perlembagaan pun x siap2 lagi.. susah jugak selagi DAP tak berkenan ni ye?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa