Tuesday, December 29, 2015

Jamil Khir, dah tertusuk ke?

Menteri tidak boleh saman individu bawa isu kepentingan awam, kata pengarah NOW
OLEH NABIHAH HAMID
Published: 29 December 2015 7:58 AM
Pengarah NOW Akmal Nasir dalam hujah pembelaannya berkata, tindakan Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyaman atas kapasiti sebagai ahli Parlimen dan menteri tidak boleh dilakukan kerana tiada kedudukan undang-undang untuk mengambil tindakan itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Disember, 2015.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk membawa kes saman fitnah berhubung dakwaan salah guna wang rakyat kerana perkara itu merupakan isu kepentingan awam, kata Pengarah Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir dalam hujah pembelaannya.
Beliau berkata, Jamil yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri memfailkan saman kerana terkesan sebagai tokoh masyarakat yang melaksanakan tugas dan kewajipan kepada rakyat Malaysia.
"Oleh itu, kelakuan, perangai dan perbuatan yang dilaksanakan oleh plaintif (Jamil Khir) adalah perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam yang melampau dan faedah mesti tertakluk kepada perbincangan awam dan juga terbuka kepada kritikan dan penelitian yang mantap," kata Akmal dalam satu dokumen diberikan kepada The Malaysian Insider.
Jamil dalam writ samannya, juga menyatakan dirinya sebagai ahli Parlimen Jerai dan ketua Umno bahagian tercemar reputasi akibat pendedahan Akmal.
Defendan berkata, Jamir merupakan ahli politik Barisan Nasional perlu mendukung ketelusan awam, kejujuran dan integriti di semua peringkat dalam kerajaan.
Katanya, kerajaan yang sama mempromosikan keperluan bagi tadbir urus korporat yang baik dalam syarikat.
"Oleh kerana plaintif menyaman atas kapasitinya sebagai ahli Parlimen dan menteri, beliau dihalang daripada menyaman kerana tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk mengambil tindakan ini," kata Akmal.
Akmal juga memberi notis kepada Jamil tentang kemungkinan beliau memfailkan satu lagi permohonan membatalkan saman menteri itu.
Beliau juga bergantung kepada pembelaan membuat komen yang adil, justifikasi dan perlindungan bersyarat untuk menolak saman itu.
Pada 19 November Jamil memfailkan writ saman terhadap Akmal menerusi Tetuan Adnan Sharida & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.
Tindakan saman  bertujuan membersihkan nama Jamil dan sebagai usaha menghentikan budaya memfitnah yang dilakukan sewenang-wenangnya.
Jamil mendakwa Akmal menerbitkan kata-kata fitnah itu tanpa pengesahan terlebih dahulu hingga ia membawa maksud beliau seolah-olah tidak amanah, ahli politik yang menyeleweng dana anak yatim serta menyalah guna kuasa.
Menteri itu turut mendakwa Akmal berbuat demikian bagi menjatuhkan maruahnya dan menanam kebencian rakyat bagi meraih sokongan politik kepada PKR. – 29 Disember, 2015.

7 comments:

  1. Kalau dah main golf kat luar negara pun pakai duit derma orang ramai untuk anak2 yatim dan orang miskin, masih ada maruah dan integriti lagi kah menteri agama ini? Tu perangai pelaq kata orang Kedah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fikri Harith kalu longhat kedah depa kata macam pelaq 4 segi. Hihihi

      Delete
  2. Teruk betui perangai Nenteri Malaysia, x boleh di tegur..pegang bahagian agama pulak tu...meluat betui tenguk perangainya

    ReplyDelete
  3. Ni saman gunakan dana mana...
    Zakat atas kapasiti fisabilillah ke

    Cer cite

    ReplyDelete
  4. pukimak lu jamil khir...ke jamil khinzir....muka mcm kaki jilat pantat jd menteri agama....kau beri la azab yg pedih mcm kamalatartuk kt jamil kir ini yaallah...kafir la dirinya di akhir hayatnya...amin..

    ReplyDelete

  5. .

    .

    Apa yang nak ditegakkan dek Wak jamil ?

    Kalau dah buat salah tuh minta maaflah.

    Timbalan menteri Wak Duki berkokok, kononnya menteri ada hak.

    hak apa? Hak kepala bapa kamu?


    Kemudian Ceo Yapeim pula berkokok, Dia kata mat mat Yapeim tuh guna

    hasil niaga mereka. Ini pun tak betul. Ada kata hikmat melayu-

    walhasil balik asal. Mat /minah tahu nyanyi tapi mereka tak faham makna.

    Kalau wang itu ada hasil bisnis yang dibaiaya dek wang amanah, ianya adalah

    hasil dari wang amanah. jadi wal hasil balik asal.

    Mat mat menteri /timbalan menteri tidak serius dengan kesalahan

    yang kamu semua sudah bikin. Kamu konar baring, kelentong mentong dan mungkin

    rujuk kepada loyar melayu haf-pas-six yang mungkin beri nasihat karut seperti

    yang kamu ujar. Semuanya sampah , Takde standard menunjukkan kualiti di dalam

    proses pentadbiran wang amanah.


    Susah masanya kamu jemput loyar kanan - contohnya Tommy Thomas untuk beri nasihat

    yang bolih pakai. Ini adalah kerana tak Nampak respon langsung dari mat /minah

    loyar dari Persatuan Peguam Muslim. Mungkin mereka tak kompeten di dalam hal ini.


    Saya cadangkan tuan tuan baca pengahakiman keatas CEO National Kidney Foundation

    Singapura yang dijatuhkan hukuman penjara kerana membelanjakan wang kutipan amanah

    luar biasa [luar dari skop] perbelanjaan yang patut dilakukannya.


    CEo NKF itu seorang yang sangat gigih di dalam kerjanya mendapatkan wang derma

    untuk Tabung NKF yang diuruskanya. Hanya kerana beliau berbelanja mewah -membuat

    satu tempahan untuk tap bersalut emas di bilik airnya dia telah di dapati bersalah

    di dalam urusan pengendalian wang amanah!



    So braders di Yapeim Jakim- kamu bersalah besar berbanding dengan CEO NKF di

    Singapura.


    Jangan dolak dalaeh lebih. Say sorry. Resign .



    Khong Khek Khuat [aka Tokman]

    .

    .

    .
    .

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa