Monday, December 7, 2015

Jurucakap DAP: KGB libas Mustafa Ali

ULASAN GB 

Tak ada modal lain. Jurucakap DAP, balaci DAP, orang suruhan DAP... itulah lemparan kata-kata pemimpin dan ahli PAS terhadap bukan sahaja mkepada Mohd Sabu tetapi kepada AMANAH. 

Diratibnya berulang-kali untuk menyemarakkan rasisma dan untuk menimbulkan rasa kebencian orang Islam terhadap AMANAH. 
Satu ketika digunakan sentimen hudud untuk menolak DAP. Kononnya DAP tolak hudud, oleh itu DAP dikategorikan "kafir harbi". Kita tak tahu ilmu mana yang mereka dapat, walaupun sebelumnya mereka sendiri akui bahawa DAP dan sekalian yang bukan Islam "berhak tolak hudud". 
Jika orang bukan Islam diakui berhak tolak hudud, ini bererti anda yang "mengkafir-harbikan" mereka, andalah yang bersalah dan yang melampaui batas. Dan ramai para ulama PAS "menghalalkan" dan "mendiamkan" segala cacian dan makian yang dilakukan oleh ahli-ahli PAS terhadap bukan Islam khususnya DAP. Mari sini biar GB tunjukkan hadith Rasulullah saw bahawa betapa besar dosa dan salahnya mereka mencaci dan memaki itu: 
Kemudian Mustafa Ali menyatakan:
Mat Sabu, sebenarnya tidak dipersetujui sebahagian besar pimpinan utama Amanah, tetapi beliau terus membuat kenyataan tanpa merujuk mereka.

Katanya, Mat Sabu dilihat lebih mementingkan survival politiknya sendiri berbanding kepentingan Amanah, yang beliau sendiri sedar kini kehilangan “steam” dan momentum selepas hanya beberapa bulan ditubuhkan.

Kemudian dia menambah lagi:
..ini kerana Mat Sabu sedar kedudukannya sebagai presiden Amanah goyah kerana pengaruh kumpulan seperti Ikram, Alami dan lain-lain yang mula meresap dalam Amanah dan golongan ini tidak senang dengan latar belakang Mat Sabu
Ketawa besar semua pemimpin dan ahli AMANAH membaca kenyataan Mustafa Ali. Dia ingat AMANAH semacam PAS. Dia ingat AMANAH sebuah parti yang eksklusif hanya untuk ulama macam PAS. 

Sedangkan AMANAH kini sebuah parti Islam yang menampung semua orang yang terdiri dari pelbagai latarbelakang pendidikan, sosio-ekonomi, agama, bangsa, warna kulit malah welstanchaung juga. AMANAH juga sebuah parti yang progresif dan peduli. Kita tahu untuk menguruskan perbezaan dan kerencaman ahli-ahli. Bukan seperti PAS, golongan cai diwujudkan untuk menyingkirkan mereka yang tak sefahaman dan tak sehaluan dengan mereka. 

Mustafa Ali sebenarnya sudah kecewa dengan Mat Sabu. Mat Sabu yang selama ini begitu lantang mengangkat darjat PAS ke pesada yang ada pada hari ini, tiba-tiba meninggalkan PAS dan membentuk AMANAH., 

Mat Sabu inilah orangnya yang diperkudakan oleh Mustafa Ali dan PAS selama ini. Malah di atas perancangan Mustafa Ali juga, Mat Sabu diarahkan bertanding di Kuala Terengganu di dalam pilihanraya umum 2008. Apabila Mat Sabu tewas, maka dikutuknya Mat Sabu habis-habisan. 

Cukuplah, kita bukan hendak mengaibkan Mustafa Ali yang mempunyai "banyak rekod" yang kotor. Hukum kebenaran dan keadilan akan menyerlahkan siapa sebenarnya Mustafa Ali ini. Selagi banyak dia bercakap, lagi banyaklah yang bakal terdedah mengenai dirinya kerana hukum kebenaran dan keadilan tidak pernah menipu. "Sunnatullah" tetap berlansung sampai hari kiamat. 

Kini Allah swt "menyelamatkan" Mat Sabu dan sekalian pemimpin Islam yang progresif dari terus diperkuda dan diperalatkan oleh golongan "ulama duniawi" dengan menyediakan mereka sebuah wadah baharu untuk memperjuangkan Islam dengan cara yang lebih profesyenal yang bernama Parti Amanah Negara. Parti politik ini akan terus berpaksi kepada politik berasakan ilmu dan akhlak, mewujudkan budaya mampu mengurus perbezaan dalam pelaksanaan prinsip hak bersuara dan tuntutan kesaksamaan seperti yang dituntut Islam dan AMANAH mendukung sepenuhnya konsep Islam sebagai Rahmatan-Lil-Alamin. 

Tinggallah PAS dengan kaedah orthodoxnya, mengkafirkan orang, mengikut gaya dan kaedah ISIS (seperti kes serangan ke atas Ust Miqdad Zakaria di Terengganu). - Baca sepenuhnya di sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa