Sunday, December 20, 2015

Laa....rupanya Selangor pun tercemar dengan isu yang sama dengan Kelantan juga?

Ingatkan kerajaan yang diterajui Mad Yaacob jer

Agen Umno : saya atau Azmin ?
Posted on Saturday, December 19 @ 15:14:35 MYT by paktam
Oleh NUR ASLINDA NASIR
Badrul Hisham Shaharin atau Che’Gu Bard memberi amaran kepada Menteri Besar Selangor supaya perjelaskan beberapa isu yang beliau gagal tangani sehingga kini, termasuk isu pemberian tender secara terbuka kepada satu syarikat.

Katanya, penjelasan itu harus disertakan dengan bukti dan fakta, bukan hanya memberi jawapan selamat apabila isu tersebut ditanyakan oleh pihak media.

“Duit zakat, DEIG (Darul Ehsan Investment Group), pintu gerbang dia (Azmin) gagal perjelas hingga kini, isu balak ini jangan hanya nafi, jika benar minta Pengarah jabatan hutan jangan diam sahaja tampil tunjuk bukti proses tender.

“Dan saya tak tuduh dia duduk dalam ‘board tender’ tapi adakah dia nak nafikan staff kanan dia berjumpa org penting dalam pemutus anugerah projek balak tersebut?” soalnya menerusi Whatsapp kepada media

Semalam, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui di Shah Alam menolak dakwaan Che’Gu Bard berhubung projek di kawasan hutan simpan yang mempunyai kayu balak mececah RM45 juta diserahkan kepada syarikat tanpa proses tender yang betul.

Ini kerana jelas Azmin, pemberian tender itu adalah mengikut proses peralihan tender secara terbuka yang dibuat sejak 2008 lagi.

Menteri Besar Selangor itu dalam masa yang sama turut menyifatkan Chegubard sebagai pencacai UMNO.

“Yang jadi agen Mahathir itu Azmin, yang jumpa Rosmah dengan pergi ke kediaman Perdana Menteri itu Azmin, minggu lepas yang dalam majlis kahwin anak dia rai Muhyiddin dan puja puji Mahathir tanpa sebut sepatah pun Anwar itu Azmin.

“Yang masuk tv3 tuduh Presiden parti kronisma dan nepotisma itu Azmin,” katanya lagi.

Tindakan Azmin itu kata Che’gu Bard jelas menggambarkan yang beliau bukanlah pencacai UMNO seperti yang didakwa Azmin.

Dalam perkembagan yang sama, Che’gu Bard turut menjelaskan bahawa pihaknya akan ke TNB pada minggu hadapan bagi meminta penjelasan mengapa TNB perlu membayar RM13 juta dan membazirkan RM18 juta duit GLC untuk diberikan kepada dua syarikat terpilih.

Katanya, skandal dua kawasan balak tersebut adalah pintu kepada banyak perkara.~https://www.bnbbc.my

3 comments:

  1. plan pbb untuk syria-- saudi, qatar dan turki telah dijerat russia
    bagaimana russia melakukan-- jauh lebih bijak dari yang disangkakan
    kebijakan 2015

    TEHRAN (FNA)- A prominent Syrian analyst underlined that Saudi Arabia and Qatar which still continue their financial and logistical support for the terrorists cannot play a role in Russia's political plan on Syria.
    Russia's recent plan to settle the crisis in Syria is the last chance to promote finding a political solution to the crisis in Syria, and Saudi Arabia and Qatar which are still helping the terrorists don’t have any place in this plan, Qassem Hadraj told FNA on Wednesday.
    He said that Moscow's preconditions for the opposition forces, including its emphasis on the necessity for their united position and recognition of President Bashar al-Assad's legitimacy, for their presence in the conference to find a solution to the crisis in Syria along with the developments on the ground are all helping the Syrian government.
    Hadraj also expressed pleasure that Russia is due to play a serious role in fighting terrorism in Syria and equip the Syrian army with modern weapons
    http://en.farsnews.com/newstext.aspx?nn=13940618001327

    ReplyDelete
  2. beware of agen2 umno dlm pas dan pkr.... mrk ni lah yg merosakkan pas dan pkr dan meranapkan PR. makin jelas skrg. tiada kompromi

    ReplyDelete
  3. Kalau dari segi tindak tanduk,boleh dipercayai azmin ni agen hadi marang gak..
    Level pun dah sama dgn hadi marang,dato seri..
    Balak pun dah mula usik

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa