Sunday, December 27, 2015

Lagi YaPEIM buatkan Penyumbang berkerut dahi!

YaPEIM sahkan dakwaan NOW beli simulator golf
 | December 26, 2015
Walaubagaimanapun, tujuan yayasan berkenaan untuk mempunyai simulator golf masih lagi tidak jelas.
PETALING JAYA : Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Datuk Abibullah Samsudin pada Jumaat mengesahkan dakwaan Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) bahawa yayasan berkenaan membeli simulator golf.
Pengarah NOW, Akmal Nasir bagaimanapun mempertikaikan tujuan pembelian simulator golf itu, yang padanya, masih tidak jelas.
“Kini Ketua Pegawai Eksekutif mendakwa simulator golf itu adalah untuk hotel empat bintang milik YaPEIM yang masih lagi belum wujud.
“Perkara ini bertentangan dengan dengan fakta daripada Bajet 2013 YaPEIM yang menyatakan Pusat Latihan Latihan INPUT Golf atau Simulator Golf dibuat untuk Sukan Korporat YaPEIM,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan dengan itu, Akmal mengulangi persoalan mengapa YaPEIM membeli mesin tersebut kerana penyumbang yayasan berkenaan dan orang ramai berhak mengetahuinya.
“Berapa banyak mereka membayar untuk memperoleh dan mengekalkan simulator itu,” soalnya.
Menurutnya, ini disebabkan apa sahaja pendapatan YaPEIM yang dijana harus diserahkan kembali untuk aktiviti amal jariah, selaras dengan objektif yayasan itu.
Semalam, YaPEIM menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa yayasan itu membeli simulator golf menggunakan sumbangan jariah orang ramai.
Abibullah berkata, sebaliknya simulator itu dibeli hasil daripada pendapatan perniagaan yayasan itu.
Beliau berkata, simulator golf yang kini ditempatkan di bangunan sembilan tingkat milik YaPIEM di Petaling Jaya juga akan dijadikan pusat kecergasan dalaman apabila bangunan itu dinaik taraf kepada hotel bertaraf empat bintang kelak.

8 comments:

  1. Jika benar simulator itu dibeli hasil daripada pendapatan perniagaan yayasan itu, minta nyatakan apakah jenis dan nama syarikat perniagaan tersebut. Kalau hendak menipu pun, agak-agaklah...rakyat Malaysia sekarang ini bukan semuanya spesis bangang yang boleh dicandat begitu sahaja.

    ReplyDelete
  2. Modal berniaga datang dari mana?Adakah duit sumbangan yang dijadikan modal?

    ReplyDelete
  3. Dah bebudak Otak Malas di suroh jaga duit apa hal ??????

    Macam bagi Mat Rempit jaga bebudak BOHSIA

    Sama saja otak nya , nak ngentot free

    Kan Melayu Melayu semua tu

    ReplyDelete
  4. Berbohong sudah jadi lumrah dari pemimpin teratas sampai kepada pemmpin yang menjaga amanah. Orang Islam menjuarai carta bohong tertinggi.

    ReplyDelete
  5. Apabila tak yakin ngan dosa-pahala,syurga-neraka,inilah padahnya..

    ReplyDelete
  6. Sedih betul dengar cerita sebegini. Apa nak jadi dengan bangsa melalu Umno. Duit sumbangan umat Islam pun balun depan belakang. Yang ikan bilis balun cara ikan bilis, yg ikan jerung Dan paus balun lagi dahsyat lagi. Mampuih lah bangsa melayu macam ni.

    ReplyDelete
  7. Simulator golf tu adalah untuk anak-anak yatim dan fakir miskin, selaras dengan dasar YaPiem iaitu melahirkan generasi yatim piatu yang pandai bermain golf....kepala vutuh penyangak2 semua termasuk Jamil Khir....

    ReplyDelete
  8. Ingat ke waktu jamil khir bersyarah hal agama dulu... Kini suruh le dia berckp hal agama... Org tu org ni kena hidup bersyukur dan bersederhana... Dia dan geng nya merembat... Mana yg dia ckp tu... Mana hadis yg keluar tu... Dahsyat sungguh bangsa ku bawah najib dan pas ni.. Pas pun sama bwah hadi main balun semacm tu.. Org ganu lebih kenal sbb tu depa bg hadi sepenggal aja.. Jenis tok guru xda keberkatan...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa