Monday, December 28, 2015

Lantak dialah: Dr Dzulkefly peduli apa lagi tentang PAS? Apa nak jadi pun dia punya pasallah!

Masa awak masih dalam PAS pun, ada Hadi dengar nasihat?
Kalau dah kat luar macam sekarang, jauhlah panggang dari api........bila nak masak?
Berentilah jaga tepi kain PAS yang nak koyak tu!

Tindakan Hadi boleh cetus risiko besar
WARTAWAN SINAR HARIAN - 27 DISEMBER 2015
SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diingatkan supaya tidak melupakan peranan Pas sebagai parti pembangkang yang sentiasa amalkan prinsip ‘tadafuk’ atau semak imbang terhadap segala dasar dan tindakan kerajaan serta mempertahankan maqasid syariah di negara ini.

Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, prinsip semak dan imbang itu dalam gagasan politik bukan sesuatu yang harus, tetapi tuntutan dalam Islam.

“Ketika dia mengambil pendekatan (menasihatkan) ini, dia sebenarnya sudah mengeluarkan Pas daripada peranannya sebagai sebuah parti politik Islam yang memenuhi tuntutan ALLAH.

“Bila Pas dan Umno bekerjasama, dia akan meninggalkan satu impak yang besar kepada gagasan politik Malaysia, kita perlukan dua sistem parti, bukan sebuah Melayu Islam Nasionalisme yang kuat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi kelmarin mengenai kesediaan parti Islam itu untuk menjadi penasihat kepada kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.

Dengan memetik surah al-Asr, Abdul Hadi berkata, surah itu menegaskan tentang konsep nasihat yang sangat penting kepada jemaah Islam dan umatnya dengan makna yang luas, termasuk terhadap musuh yang paling zalim.

Mengulas lanjut, Dzulkefly bagaimanapun berkata, tindakan Abdul Hadi membahayakan politik negara dan Islam kerana kedudukan Pas hanya sebagai parti politik pembangkang dan bukan berperanan menjadi penasihat kepada kerajaan.

“Penasihat itu boleh dilakukan oleh mufti, NGO, tabligh, Abim, Ikram, JIM atau sesiapa pun. Lagi pun dia bukan ada kepakaran bidang tertentu seperti ekonomi. Kalau Syariah pun, lebih ramai tokoh besar yang mempunyai PhD, dan bukan dia (Abdul Hadi),” ujarnya.

Beliau berkata lagi jika kerjasama itu diteruskan, Abdul Hadi bakal berdepan dengan gelombang kedua pemberontakan dalam Pas selepas penyingkiran golongan profesional pada Muktamar Pas yang lalu.

“Nasihat saya kepada Tok Guru supaya cermat, jangan keterlanjuran, kerana ia akan mencetuskan satu gelombang kedua kekecewaan khususnya pemimpin-pemimpin akar umbi yang sekian lama mengenali Umno dengan segala kezaliman dan kebobrokan,” tegasnya.

5 comments:

  1. dah jadi mcm mkn gaji free..x jalankan kerja sebagai pembangkang...x payah jd penasihat...penasihat AMNO dah ramai...next pilihanraya bye2 PAS!!!

    ReplyDelete
  2. Jenuh Hadi Awang cari selama 30 tahun ayat dalam Quran yang mengarahkan menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat dan Islam tetapi tidak berjumpa pung ayat-ayat sebegitu.

    Akhir-akhir ini yang dijumpanya adalah ayat-ayat arahan supaya menjadi penasihat dan berbaik-baik dengan penzalim dan penindas rakyat.

    Maka dengan patuh dan tawadduk Hadi Awang pung mohon redha Allah dan beristiqamah untuk bermukah dengan UMNO dan bersanding dengan Najib si pemimpin paling kaya dan paling amanah di dunia fantasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling kaya di dunia realiti
      Paling amanah di dunia fantasi

      Itulah najib


      Ungkapan terbaik bro 1crony

      Delete
  3. Tak apalah...setakat jadi penasihat setaraf NGO atau amalkan sikap membantah sambil duduk tak perlu ada dlm Dewan Rakyat. PRU 14 nanti kita serahkan kerusi PAS kpd calun AMANAH.

    ReplyDelete
  4. Mungkin.jadi penasihat dapat DUIT, semuanya berarah kepada duit.
    Ada masyukkkkk...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa