Thursday, December 17, 2015

Mamat ni baru kenal 'Siputar alam'?

Raja Petra, blog MYKMU penyangak – Khairuddin

 | December 17, 2015
Beliau menafikan pernah mengadakan pertemuan dengan Justo seperti yang didakwa penulis blog berkenaan.
khairuddin-petra
PETALING JAYA: Raja Petra Kamaruddin dan blog pro-MYKMU disifatkan sebagai penyangak selepas melaporkan kenyataan berhubung 10 rakyat Malaysia yang didakwa telah mengadakan perjumpaan dengan Xavier Andre Justo.
Bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata dakwaan itu adalah fitnah yang tidak berasas.
“Seumur hidup tidak pernah mengenali atau berjumpa dengan Justo sepertimana yang ditulis oleh mereka dengan niat jahat untuk memfitnah serta mencemarkan kredibiliti keperibadian saya.
“Mereka ini adalah kalangan desperado (golongan terdesak) yang cuba mereka-cipta fakta yang tidak benar,” katanya dalam status terbarunya di Facebook.
Khairuddin juga mencabar supaya Raja Petra dan blog MYKMU untuk membuktikan kenyataan yang disifatkan sebagai tuduhan jahat terhadapnya.
Katanya jika mereka tidak dapat membuktikan kesahihannya, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman malu atas dasar prinsip kebenaran.
“Saya sedang mengarahkan peguam untuk membuat penelitian terhadap kenyataan fitnah yang dibuat oleh penyangak Raja Petra serta blog MYKMU di dalam penulisan mereka yang tidak berasas sama sekali.
“Pihak barisan peguam saya sedang membuat penelitian keatas kenyataan yang berunsur fitnah itu,” tegasnya.
Khairuddin turut menjelaskan beliau tidak akan mengalah dalam perjuangan untuk memerangi rasuah dan penyelewengan.
Katanya, perjuangannya itu akan diteruskan demi untuk menegakkan kebenaran buat 30 juta rakyat Malaysia.
“Kita wajib memerangi rasuah serta penyelewengan sepertimana yang dituntut oleh hukum Islam yang sebenarnya. Taat dan takut hanya pada Allah, bukan pada pemimpin mungkar lagi korup,” katanya.
Blog MYKMU menamkan Pegawai Khas Tun Dr. Mahathir Mohamad antara 10 rakyat Malaysia yang didakwa telah mengadakan perjumpaan dengan Justo.
Antara nama lain yang dikatakan disebut ialah Datuk Seri Khairudin Abu Hassan, Mathias Chang, Tony Pua dan pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong.
Bagaimanapun setakat ini tiada pengesahan dibuat memandangkan Justo hanya memberi nama ringkas dan gambaran sahaja bukan identiti penuh mereka, dakwa blog itu.

2 comments:

  1. Jangan ler layan Mat Saleh celup ni.tak ada ugama ke Mamat celup ni.suka membuat Fitnah.

    ReplyDelete
  2. apa yang dia kenai
    hidup hanya guna logik akai semata
    lupa yang bagi akai kat dia

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa