Sunday, December 27, 2015

Mangsa lurus bendul atau mandul politik?

Belum sempat apa-apa dah kena tipu, kena fitnah?
Letaklah pemikiran tu ke depan sikit!

“Kami silap kerana terlalu bersangka baik”

 | December 27, 2015
Pemuda Amanah Perak tampil menjawab tuduhan menipu apabila mewar-warkan penyertaan seorang ahli Pas ke dalam parti itu
amanah_gambar_600
PETALING JAYA: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak tampil membuat penjelasan berhubung tuduhan parti itu menipu apabila memuatnaik gambar-gambar seorang ahli Pas telah menyertai parti itu.
Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Perak, Mohd Rashidi Nasharuddin menjelaskan, pihaknya dilempar dengan tuduhan tidak wajar apabila penafian pemuda bernama Zack itu menyertai Amanah menjadi viral di media sosial,
“Kami mengharap fitnah ini dapat dihentikan kerana ia tidak membawa apa-apa manfaat kepada ummah secara keseluruhan. Kami mendoakan kebaikan baik untuk saudara Zack, Ustaz Idris Ahmad yang menjadikan posting Zack ini viral dan juga kepada parti Amanah yang kami cintai,” tulisnya di Facebook.
Menceritakan kejadian itu, Mohd Rashidi menjelaskan, Zack atau Mohd Zakaria datang ke Pejabat Amanah kawasan Bukit Gantang dan pihaknya ‘bermanis mulut’ menawarkannya menyertai Amanah.
“Dia bersetuju untuk menyerahkan borang keahlian yang masih belum diisi kepada ADUN Changkat Jering, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai gimik penyertaannya
“Tidak lama kemudian, kami menerima satu “screenshort” tentang penafian dia menyertai Amanah. Dalam posting itu, dia menyangkal dengan nama Allah bahawa dia menyertai Amanah. Dia mengatakan ia hanyalah borang kosong.
“Kami tidak menafikan bahawa memang benar borang di dalam gambar itu masih kosong kerana ia hanyalah gimik penyerahan semata-mata kerana kami dengan penuh sangka baik percaya soal pengisian maklumat borang akan diselesaikan selepas selesai program.
“Dengan penuh berlapang dada, kami sangat menghormati jika dia ingin ‘u-turn’ kembali kepada Pas kerana menganggapnya perbuatan itu salah atau terburu-buru namun tindakan dia menafikan hingga pihak kami dituduh menipu, ia adalah satu tindakan yang tidak wajar,” jelas Mohd Rashidi.
Katanya, pihaknya silap kerana terlalu bersangka baik kepada pemuda itu dan kini mereka dianggap penipu dan menyebar perkara palsu.

3 comments:

  1. kalau ada unsur yg membawa malu kepada Amanah maka wajar pemuda Zack itu kita saman malu bagi mengajar orang yg kurang cerdik dan parti yg memperalatkannya...

    ReplyDelete
  2. Dia sembang kencang. Next time pls isi utk dia. Bkn apa. He wait for Brim or donation from najibtuya. Hahahaha

    ReplyDelete
  3. org melayu memang mcm tu. dah didoktrinkan utk bersangka baik thdp org lain. wlpun ditipu byk kali, masih lagi bersangka baik - contoh terbaik ialah pkr. dah kena tikam di byk kerusi pru lepas, masih nak bersama pengkhianat pas!

    lg contoh bersangka baik ialah tak baik dedahkan aib org. kalau org tu perogol tegar, kita tak elok beritau jiran kita kalau org tu sewa bilik drumah dia. bila isteri jiran kena rogol, salah siapa?

    Amanah DAP mesti ingat kes ini. apa yg dtg dr pas umno hendaklah dianggap sbg musuh - bermakna mesti berhati2. kalau esok lusa harong ding nak masuk Amanah, terima sj tp jgn beri jwtn. suruh dia pacak bendera atas tiang letrik dulu.

    cuba lihat pada hadi. dia menunggu masa yg lama utk menunjukkan warna sebenar dia. pada Amanah, berhati2lah pd mrk yg diberi jwtn.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa