Saturday, December 26, 2015

“ Najib, masihkah tidak mahu memahami isyarat ini?"

Najib makin tidak popular

 | December 26, 2015
Ia berdasarkan respon orang ramai kepada ucapan Maulidur Rasul dan Hari Krismas di media sosial
shahbuddin,najib,muhyiddin
PETALING JAYA: Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin merosot berbanding bekas Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat semakin popular.
Perbandingan itu dibuat berdasarkan respon orang ramai terhadap ucapan Maulidur Rasul dan Hari Krismas di laman sosial yang dibuat kedua-dua pemimpin nombor satu dan dua parti UMNO itu.
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Hussin menulis, untuk Maulidur Rasul, Najib memuatnaik tulisannya sejak Rabu dan sehingga petang Jumaat lalu, jumlah “likes” yang diperolehinya hanyalah sebanyak 3,990 sahaja manakala Muhyiddin yang memuatkan tulisannya sejak Khamis telah mengumpul “likes” sebanyak 29,852.
Untuk Krismas pula, Najib hanya mendapat ‘likes’ sebanyak 904 sejak memuatnaik posting pada Khamis sementara Muhyiddin dalam tempoh tidak sampai sejam telah memperoleh ‘like’ sebanyak 2,620.
“Menurunnya populariti Najib di hati rakyat sebenarnya bukan lagi sekadar andaian atau jangkaan semata-mata. Ia adalah realiti yang semakin nyata serta boleh dilihat di mana-mana.
“Kekal berkuasa dan penyokongnya pula bangga kerana konon kepimpinannya masih mampu mengaut derma beribu-ribu juta, hakikatnya populariti beliau semakin ketara menurunnya,” tulisnya di blog shahbudindotcom.blogspot.my.
Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula mengumpul ‘likes’ yang jauh lebih mengecewakan.
“Malah, jika ‘likes’ yang diperoleh Najib dicampurkan dengan ‘likes’ Zahid, ia masih lagi tidak mampu menandingi jumlah yang diperoleh Muhyiddin.
“Masihkah tidak mahu memahami isyarat ini?, soalnya.

2 comments:

  1. Assalam.
    Pan harus bertanding di kelantan sebagai parti alternatif. Kalau rakyat kelantan tidak mahu undi Pas atau BN, mereka boleh mengundi Pan sebagai pilihan. Jadi tiada sebab Pas nak tension bila Pan nak masuk calon di kelantan.

    ReplyDelete
  2. Lahanat mana ada kesah pasal orang lain

    Biasa lah dah keturunan lahap judi ingat nak jadi HERO macam ZORRO ke

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa