Sunday, December 20, 2015

Nampak macam dah jadi. Cuma dulu PAS ditendang atau melarikan diri?

PAS sedia maaf, lupakan kesalahan Umno, kata setiausaha agung
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 20 December 2015 1:54 PM
Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS bersedia memaafkan Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Disember, 2015.

PAS bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka, kata Datuk Takiyuddin Hassan.
Bercakap kepada pemberita di mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) ke-6 di Kuala Lumpur hari ini, setiausaha agung PAS itu berkata, memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti itu.
"Itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan ini.
"Ini bukan perkara baru, ramai pemimpin lain masuk dalam PAS, mereka ada kedudukan baik, diterima hati terbuka di kalangan ahli, sekarang ini antara parti kita akan laksanakan perkara sama," katanya kepada pemberita.
Ahli Parlimen Kota Baru itu turut berkata, PAS kini dalam proses memberikan penjelasan kepada ahli-ahli mereka berhubung kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu.
"Kita dalam proses untuk beri penjelasan menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat itu."
Katanya, susulan perkara itu masih baharu untuk ahli, PAS masih lagi berusaha untuk memberikan pemahaman yang jelas berhubung perkara itu.
"Boleh lihat benda baru ada suasana kefahaman masing-masing, pokoknya dalam PAS apa yang dibawa oleh presiden perlu bersikap kolektif atas nama parti, itu keputusan kolektif," katanya, merujuk kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Prinsip perjuangan PAS katanya adalah berlandaskan syariat Islam dan apabila terdapat pihak yang sama mempunyai prinsip sama PAS akan bersikap terbuka.
"Sepanjang masa PAS berjuang atas dasar itu apabila sampai ketika ada pihak lain yang mahu ambil prinsip sama dan bersikap terbuka menjayakan agenda bersama.
"Atas kata kuncinya perpaduan berdasarkan syariat kita sedia bersama dengan mana-mana pihak atas kebaikan orang Islam."
Takiyuddin bersama-sama pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali turut hadir bagi menjayakan mesyuarat agung tahunan Perkasa, hari ini.
Kedua-dua mereka juga diberikan tepukan gemuruh ahli-ahli Perkasa apabila Datuk Ibrahim Ali mengumumkan kehadiran pemimpin PAS itu. – 20 Disember, 2015.

2 comments:

  1. Tak nak tambah bini lagi ke bro?
    Tak nak tambah motor besar lagi ke bro?
    Lawyer mcm kamu ni layak jadi penjilat hadi jer laa..

    ReplyDelete
  2. He he he ... Lawyer penjilat hadi?. Bini boleh kot kawin dgn omak kau?...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa