Thursday, December 31, 2015

Peringatan untuk Penasihat!

APABILA PAS MENJADI PENASIHAT KERAJAAN.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diingatkan supaya tidak melupakan beberapa konsep asas dalam konstruksi dan amalan politik yang dianjurkan Islam.

Di sana wujud konsep An Nasihah, At Tawaasi (Tegur-Menegur), At-Tadaafuq (Semak-lmbang) dan akhir sekali At Tadaawul (Bertukar-Ganti).

Sejujurnya saya tidak rasa terpanggil untuk menasihati bekas presiden saya itu supaya jangan hilang keseimbangan atau tawaazun.

 Mungkin ada yang menelah elok saya diamkan sahaja biar PAS berantakan. Tapi atas tuntutan "Ad Deenu Nasihah", maka saya hulurkan nasihat ini.
Kalau dulu beliau terlalu “keras” (Syadid) sehingga terhasil apa yang diberi jolokan amanat Hadi, kini sudah kelihatan bersikap “bermudah” (Tasaahul) dengan menekankan peranan PAS sebagai penasihat mengatasi tuntutan dan prinsip lain yang lebih penting.

Sejak bila PAS berubah sebegini rupa. Ini jelasnya bukan pendekatan pimpinan Ulama PAS yang terdahulu.

Seperti Allahyarham Yusuf Rawa, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat. Ada orang berilmu yang bertanggapan, ini bukan “Fikrah Taghyir” atau “Fikrah Perubahan” tetapi sebenarnya “Fikrah Tabrir” atau “Memberi Alasan”.

Kalau hanya ditekan tentang peranan menasihati, itu bukan peranan utama parti politik Islam. Itu peranan para Mufti, Cendekiawan Islam, agensi-agensi Islam dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam terhadap penguasa politik atau pemerintah.

Tugas utama parti politik Islam (dan bukan Islam) adalah untuk “menyemak-imbang” pemerintah. Khasnya kerajaan yang didakwa umum sarat dengan segala kepincangan.

Siapa yang sepatutnya bertanggungjawab menyemak-imbang tadbir-urus yang rasuah, boros, bolot dan rakus dan pelbagai skandal termasuk PKFZ, NFC dan terkini 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan “derma” RM2.6bilion itu?

Tidak mudah untuk “melupakan” dan bukan tugas kita untuk “memaafkan” segala dosa dan kemungkaran yang dilakukan penguasa politik yang menzalimi rakyat untuk sekian lamanya. Mereka juga tidak pernah mengakui dan menginsafi segala “dosa dan kemungkaran” ini.

Ini termasuklah merampas royalti minyak Kelantan dan menyalahgunakan akta drakonian yang zalim ke atas penentangan demokratik yang sah rakyat terhadap kerajaan.

Tentang prinsip “At Tadaafuq”, Firman Allah dalam 2 ayat di Surah Al-Baqarah: 251 dan Al-Hajj: 40 secara jelas dan tuntas menegaskan akan peranan dinamika “semak-imbang” sebagai jalan atau wasilah membanteras kepincangan dan kebobrokan penguasa politik.

Maka peranan dan persaingan politik di pentas itu adalah untuk menamatkan segala perilaku kezaliman, ketidakadilan, diskriminasi dan kemungkaran tadbir-urus sistem pemerintahan sang penguasa.

Justeru, ulama dan intelektual Islam menjadikan ini sandaran dalil kepada kepentingan untuk menginstitusikan peranan "Tadaafuq" atau semak-imbang atau “check and balance” dalam tata orde politik bagi mencapai kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Fahaman dan pegangan PAS tentang konsep “Muwaajahah Silmiyah” atau “Persaingan Aman secara Demokratik”sudah kian luntur.

Perubahan trend ini kami jangkakan dan semakin jelas mutakhir ini. Inilah antara sebab utama mengapa kami mengambil keputusan untuk melangsungkan dan perkukuhkan perjuangan Islam ini di luar wadah PAS.

Kami yakin PAS dulu bukan begini. Trend ini lebih ketara sejak peninggalan Nik Aziz dan selepas “G-18” dan seangkatan kami ini, “dibersihkan” sehingga tidak ada lagi suara semak-imbang dalam PAS.

Justeru, Parti Amanah Negara (Amanah) mesti segera memainkan dan mengambil pentas utama bersama rakan Pakatan Harapan untuk meneruskan tugasan penting ini sehingga berlaku perubahan besar dalam negara ke arah penambahbaikan atau Al Islah sehingga terlaksana “Malaysia Yang Adil Untuk Semua”.

Akhirnya, prinsip Tadaafuq ini akan membawa kepada situasi dan dinamika perubahan atau peralihan kuasa yang dipanggil dengan konsep “At Tadaawul”, sekiranya diizinkan Allah dan dimandatkan rakyat, sesuai dengan penegasan firman Allah: "Dan kami silih-gantikan kemenangan itu di antara manusia" (Surah Ali-Imran: 140).

Sheikh Yusuf Qaradawi dan begitu juga ulama kontemporari lain mengharuskan wujudnya 2 atau lebih parti Islam dalam sebuah negara Islam, apatah lagi dalam sebuah negara demokrasi, justeru kerana maksud dan tujuan ini.

Yakni untuk menyemak-imbang antara kerajaan dan pembangkang bagi mengelakkan pemerintah bersikap kuku-besi, autokrasi, rasuah dan zalim.

Akhirnya, dinamika persaingan ini mengharuskan mereka digantikan (At Tadaawul) dalam satu sunnah alam melalui  garis amalan demokrasi yang sihat dan siasah yang adil. – 28 Disember, 2015.

* Dr Dzulkefly Ahmad ialah pengarah strategi Parti Amanah Negara.

9 comments:

  1. Siapa lantik kamu jadi penasihat TGHH. Tak payah dok dibuka dgn urusan PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sombongnya mangkok ni. Kau tahu tak khalifah al rashidin pun ditegur orang bahkan rasulullah senditi pernah mengubah keputusan aoabila diberi nasihat. Kau fikir tuang presideng kau tu handal sangat ke kok? Tuang sidang parlimeng handal le....

      Delete
    2. Menang kaki tuang pun si Hadi ni. Itu pun ada mamat yg jilat sampai licin. Jilat jangan tak jilat bro rusli...hi hi hi hi Pas pis pus.

      Delete
  2. Tiadakah kamu mengetahui bahwa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung maupun seorang penolong.

    harap penasehat tolong nasehat kerajaan dunia agar jangan lupa perintah
    dari kerajaan Allah
    ramai orang lupa bial sebut kerajaan hanya terbayang
    kerajaan haprak dunia saja tanpa hirau
    kerajaan Allah tuan punya sekelian kerajaan dunia

    awas hai sakalian manusia yang Allah bagi kuasa sementara saja
    balasan sedang menanti di akhirat nanti

    ReplyDelete
  3. Terengganu pun sepenggal ja pegang..sampai sekarang tak terambil2...nak bg nasihat konong

    ReplyDelete
  4. Rusli Rashid, adakah kamu baca dan faham tuntutan ayat-ayat dari surah al-asri? Jika kamu terlepas pandang maksud yang terdapat dari surah yang pendek itu, lebih baiklah kamu pergi mengaji semula.

    ReplyDelete
  5. Jangan hiraukan.PAS, biarkan Hadi terjun dengan labu labunya.kisah banjir di Kelantan pun belum selesai....asyik.kejar pangkat, kejar duit..

    ReplyDelete
  6. Nampaknya wan rosli dah tukar nama lagi.. kali ni rosli juga tapi rusli rashid... banyak alam betul.wan rosli ni.. he he

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa