Wednesday, December 23, 2015

Rupanya jantina Bugis ada lima

WEDNESDAY, DECEMBER 23, 2015
Jantina Bugis Ada Lima
A Kadir Jasin
TERIMA kasih banyak-banyak kepada para pembahas kerana mendalami, menokok tambah dan memperbetulkan hujah saya.

Dengan izin, saya mohon mengulang cetak sepenuhnya komen pembahas Paine (1.41pm) dengan sedikit pindaan untuk memudahkan pembacaan. Kata belia:

“Salam Dato,

Selalu Dato sebutkan fasal Pahlawan Bugis. Kebetulan baru2 ini sahabat saya ceritakan bahawa dalam masyarakat Bugis terdapat 5 jantina.

Saya pun buat research dan mendapati berita itu benar dan menarik (Boleh di rujuk dalam Wikipedia,Youtube dan http://yayasanhajiabuukkusu.blogspot.my/.)

Oroane ertinya lelaki, biasanya jenis jantina ini maskulin dan mampu menjalin hubungan dengan perempuan.

Makkunrai ertinya wanita atau perempuan. Mereka feminin, dan bersedia menikah dengan lelaki, mempunyai anak dan mengurusnya serta wajib melayani suami.

Calalai sebagai gender ketiga, ini perempuan yang berpenampilan seperti laki-laki. Calalai biasa juga disebut perempuan maskulin/tomboy.

Calabai merupakan salah satu dari 5 jenis jantina dalam kebudayaan Bugis. Calabai adalah laki-laki yang berpenampilan seperti perempuan.

Bissu, sebagai gender kelima berbeda dengan 4 gender yang lain. Mereka adalah golongan yang disebut ‘bukan lelaki bukan pula perempuan’.

Bissu atau kelompok orang mistik. Dalam budaya Bugis mereka memiliki posisi yang sangat penting. Pada setiap upacara adat Bugis, mereka bertindak sebagai ‘pendeta’ atau ‘pemangku adat’.

Mereka masih menjaga teguh tradisi dan peranan serta kebiasaan turun temurun nilai-nilai budaya bugis klasik dan diilustrasikan sebagai manusia setengah dewa yang mempunyai kekuatan Supranatural.

Mereka memanfaatkan hubungan dengan dunia ghaib dan bertindak sebagai mediator dari roh yang memasukinya. 

Bissu yang konon dalam tradisi adat dan budaya Sulawesi mendapat tempat terhormat dan seringkali dimintai nasihat ketika “persetujuan tertentu” dari kekuasaan dunia batin (spiritual) diperlukan. 

Si Pahlawan Bugis Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone jatuh dalam kategori jantina mana?

Mengikut pengikutnya, ianya dipilih tuhan dan suci daripada segala dosa.

Bissu mungkin ke?
Bissu Bugis sedang melakukan ritual "sembanhyang"

Sebab itu kot orang Melayu yang ada mentaliti feudal dan percaya kepada tahyul menganggapnya sebagai suci dan perlu di patuhi tanpa syarat.

Tetapi bagi orang Melayu si Bisu adalah orang yang tak boleh bercakap…mungkin itu sebabnya fasal RMM2.6 Billion ia tak boleh bercakap dan disuruh Si Calalai dan Si Calabai saja memberikan penjelasan.”

Terima kasih pembahas Paine. 

Gelaran Bugis Bukan Rekaan Saya

Saya kerap merujuk kepada “kepahlawanan” dan kebugisan Mohd Najib kerana beliau sendiri yang mencanangkannya. Ia bukan sekali-kali cerita yang saya reka.

Gelaran “Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone” yang beliau terima pada tahun 2005 itu adalah pengesahan taraf aristokrasi beliau dalam masyarakat Bugis Nusantara. 

Pada bulan April lalu, ketika berucap di pembentangan laporan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) 2014, beliau bercerita mengenai asal usul Bugis beliau.

Kata beliau: “Hatta dilanda badai, patah kemudi dan terkoyak layar dan biar seribu kapal ditelan lautan adalah lebih mulia bertahan dan meneruskan perjuangan daripada berpatah balik ke pelabuhan.”

Kemudian pada pada 30 Ogos lalu, beliau dipetik sebagai berkata: "Saya ingin mengulangi, setelah layar telah dikembangkan, apabila sauh telah dilabuhkan, pantang ketua kapal dan anak-anak kapal menoleh ke belakang.”

Agaknya kerana tersilap teknik pelayaran – melabuhkan sauh setelah menaikkan layar – maka bahtera merdeka kita kini terumbang ambing tanpa arah dan tujuan.

Berkenaan dalam kategori mana beliau berada mengikut kebijaksanaan Bugis, saya serahkan kepada para pembahas menilainya.

Wallahuaklam.

Posted by A KADIR JASIN at 5:00 PM

3 comments:

  1. pembetulan admin mangkurai tu sama juga dengan mangkokhayun hahaha....

    ReplyDelete
  2. tak kesah la ketagori mana pun dia ni..yg ramai sedia maklom.memang ia termasuk dalam mangkokhayun gaban tahap 7,,sama lebihkurang bahasa mudah..pandir.

    ReplyDelete
  3. Mangkukhayun tahap raksaksa ultraman.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa