Tuesday, December 29, 2015

Tahan Aduka: Majistret tolak reman

Majistret tolak tahanan reman pemimpin PSM
Zikri Kamarulzaman - 
Seorang majistret hari ini menolak permohonan polis untuk menahan reman ahli jawatankuasa pusat PSM, Khairul Nizam Abd Ghani.
Setiausaha Agung PSM A Sivarajan berkata permintaan itu ditolak oleh majistret yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dan Wangi setelah mendengar hujah-hujah oleh peguam Khalid bahawa tahanan reman itu tidak perlu.
"Peguam berkata oleh kerana Khairul Nizam disiasat berhubung posting di Facebook, tidak ada keperluan untuk tahanan reman kerana polis boleh mengakses posting itu pada bila-bila masa," kata Sivarajan kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, katanya masih tidak jelas, posting mana oleh Khairul Nizam yang di bawah siasatan itu.
Menurut Sivarajan, polis sedang merakamkan kenyataan Khairul Nizam dan dia sepatutnya akan dibebaskan selepas itu.
"Bagaimanapun kita tidak tahu jika dia akan ditangkap semula," katanya.
Khairul Nizam ditahan semalam mengikut Akta Hasutan dan Akta Multimedia dan Komunikasi.
Malaysiakini difahamkan dia sedang disiasat mengikut Akta Hasutan kerana mengkritik penahanan aktivis Khalid Ismath yang juga anggota PSM
Khalid ditahan di pejabatnya di Johor pada 7 Oktober mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung posting mengenai Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang lantang mengkritik 1MDB dan juga mengenai tahanan seorang peguam Datuk Kamal Hisham Jaafar.
Selepas remannya berakhir pada 9 Oktober, Khalid ditangkap sekali lagi mengikut Akta Hasutan. Beliau akhirnya dibebaskan pada 29 Oktober lalu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa