Jadi inilah alasan paling logik untuk meredakan keadaan.........
Kononya Hadi telah jalankan tugasnya yang diwar-warkan sebagai penasihat!
Hadi guna Multaqa tegur Najib secara berdepan – Tuan Ibrahim
PAS ambil kesempatan di Multaqa untuk mengingatkan Najib supaya menerima teguran dan pandangan berbeza
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man meminta semua pihak supaya bertenang sebelum mengkritik partinya kerana berkongsi pentas dengan Presiden UMNO.
Dalam satu kenyataan yang diterima FMT, Tuan Ibrahim berkata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hanya meneruskan langkah yang pernah diambil oleh pimpinan PAS terdahulu seperti Datuk Fadhil Nor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Di dalam ucapannya, depan-depan Presiden PAS menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan barisan kerajaan yang menjadi pengampu kepada pemimpin, dan amaran agar tidak mengundang kuasa asing dalam menyelesaikan masalah negara,” kata Tuan Ibrahim, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian mengulas pertemuan antara Hadi dan Najib di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di ibu negara, pada Khamis.
Mengulas lanjut, PAS mengambil kesempatan dari penganjuran Multaqa itu untuk mengingatkan Najib supaya menerima teguran dan pandangan berbeza sebagai amanah, dan menolak golongan pengampu yang disifatkan sebagai pengkhianat yang akan merosakkan pemimpin.
Malah, menurut Tuan Ibrahim, Hadi turut mengingatkan Najib supaya jangan mengampu Presiden Amerika Syarikat.
“Ini yang diingatkan oleh Presiden PAS bahawa campurtangan asinglah menjadi punca kehancuran beberapa buah negara di Asia Barat. Jangan kita mengambil langkah yang sama di rantau ini.
“PAS melihat lebih bahaya pihak yang mengadakan pertemuan, mengadu masalah negara dan parti dan cuba mendapatkan sokongan dan restu Presiden Amerika setiap kali Barack Obama datang ke Malaysia,” katanya.
Sape yg tak waras ni...kita rakyat malaysia ke..TITM..masa najib hulur salam kat tuang presiden..TITM ckp lain.. bila duduk sepentas lain lak ckpnya..TUANG PRESIDEN MENASIHATKAN NAJIB..LEPAS tu DUA2 BOLEH SENYUM2 SENDA GURAU JLN SEIRING. Bagus penasihat najib ni..
ReplyDeleteMana ada kredibility mamat ini pon
ReplyDeleteCakap lain , cakap sama Si TOLOL lain
Semua nya tak boleh pakai punyea orang
Bahalol
Teringat Arwah Tok Guru Nik Aziz.....
Inilah contoh ularmak sarkas dan badut umno
ReplyDelete