Sunday, January 31, 2016

Aik....nape tiba-tiba keluar statement ni?

Sirul ‘bersumpah’ Najib tak terlibat pembunuhan Altantuya

 | January 30, 2016
Mahfuz enggan mengulas mengenai video pengakuan oleh Sirul kerana kesahihan rakaman itu tidak jelas.
VIDEO INSIDE
Sirul_Altantuya_najib_600
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar enggan mengulas mengenai rakaman video menunjukkan individu dipercayai bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar yang membuat pengakuan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibuu.
“Saya tidak pasti orang yang bercakap di dalam video itu, sama ada Sirul atau tidak, jadi saya tidak mahu komen lanjut kerana kesahihan video sendiri tidak jelas,” katanya ringkas ketika dihubungi FMT.
Pagi ini satu rakaman video disebarkan menunjukkan individu dipercayai Sirul membuat pengakuan bahawa Perdana Menteri, Najib tidak terlibat atau mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh model Mongolia Altantuya Shariibuu.
Dalam rakaman berdurasi 55 saat itu, Sirul turut bersumpah bahawa Perdana Menteri langsung tidak terlibat, malah mangakui adalah menjadi kesalah buat dirinya melakukan fitnah.
“Adalah berdosa besar kepada saya, jika saya memfitnah seseorang itu.
“Saya lafazkan di sini, wallahi (saya bersumpah) bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak terlibat dan tidak ada kaitan di dalam kes ini (didakwa merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya),” katanya.
September tahun lalu,Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, bukti yang dikumpulkan dalam proses perundangan komprehensif langsung tidak menunjukkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memainkan sebarang peranan dalam kes bunuh Altantuya.

Bukan masalah Najib atau siapa
Yang rakyat Malaysia nak tahu siapa yang suruh/arah?
Atau hang ni jenis gila suka-suka bunuh dan letup orang dengan tidak bersebab!

14 comments:

  1. Hangpa cayalah dgn gangster berlesen ni kelentong. Kalu manusia pun dia letop ni setakat cakap apa ada hal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pembunuh siapa percaya lagi cakapan mangkuk ni. Cuma tanya satu soalan macam mana ada Pasport keluar negara kalau bukan inside job.

      Delete
  2. umno...!!!!!!!!! video lucah dia orang boleh buat.....video macam itu ....ceh! kacang....cuba tanya rocky's bru...!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. “Adalah berdosa besar kepada saya, jika saya memfitnah seseorang itu"... Ingat dosa memfitnah org aja, dulu masa membunuh org dgn kejam tak pulak tau membunuh tu dosa...besangka baik, mungkin memang benar dah bertaubat, jgn kerana dapat makan dedak sanggup menambah dosa lagi, dosa bohong.

    ReplyDelete
  4. Sebahagiab RM2.6B dh selamat ditukar milik kat akaun Pembunuh Altantuya ni .

    ReplyDelete
  5. Fuck off! Lu pembunuh dan dihukum mati lagi mau cerita apa? Lu cuma ada peluang cakap sapa suruh bunuh. Itu saja. Tak mau cakap pun takpa tapi lu mesti tetap dihukum mati. Kah kah kah

    ReplyDelete
  6. Buat dosa dgn Tuhan boleh diampun tetapi dosa dgn manusia yg dibunuh macammana ? Taubat adalah janji untuk tidak mengulangi kesalahan yg dibuat.Allah menerina semua taubat manusia tetapi bolehkah dosa membunuh diampun oleh yang dibunuh??

    ReplyDelete
  7. Yang dibela rindu pada tuannya
    Dah biasa makan taik , tak dapat makan hidu pu jadilah

    ReplyDelete
  8. Orang yang takut bersumpah aje yang korang percaya.

    ReplyDelete
  9. 1.27 punya fitnah...masyaAllah...yang macam ni korang percaya kan.
    Tu lah rakyat macam ni memang celaka se celakanya.

    ReplyDelete
  10. Wan Rosli aka Anonymous.. kalau ya pun pauk puak hang nak membohong buat bideo sumpah ni.. buat lah cara yg pandai sikit..

    Si Sirul ni hang buat supaya dia nampak macam warak.. takut terpalit dosa fitnah.. minta lah dia sambung lagi bideo tu utk jelaskan bagaimana dia boleh terlibat bunuh satu manusia lain yg dia sendiri tak kenal.. adakah dia suka suka bunuh org yg dia tak kenal.. dia ni mental ke apa cik Wan?

    Masa dia bunuh suka suka tu tak pulak dia takut dosa..

    Cik Wan Rosli.. lain kali pesan dekat kawan kawan hang..jangan buat lagi lah bideo bideo bodoh macam ni..

    ReplyDelete
  11. Ha ha..dosa memfitnah..dosa membunuh macamane..

    ReplyDelete
  12. Surut kembali perkembangan terdekat sebelum ini, ada satu usul untuk memohon Keampunan dari Sultan keatas hukum mati 2 banduan ini. Saya syaki usul ini akan disokong oleh penguasa dengan tujuan, beri pengakuan diri, sidia itu tidak terlibat dalam kes ini. Jadi dia tidak akan disabitkan. Ia jadi win win situation, lu tolong gua dan gua tolong lu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa