Monday, January 25, 2016

Apa faedahnya kenyataan ini kepada dirinya?

'Namakan siapa jadikan kamu kambinghitam'

Pembunuh yang disabitkan bersalah, Sirul Azhar Umar hanya perlu tampil bagi mendedahkan pihak yang didakwanya telah menjadikannya 'kambinghitam' dalam pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Ramkarpal Singh mempersenda video terkini Sirul sebagai 'karenah' yang gagal menangani soalan utama di sekitar pembunuhan penuh publisiti itu.
Beliau memberi contoh dakwaan tertentu dibuat dalam satu kenyataan tidak bersumpah Sirul dari kandang tertuduh semasa perbicaraan yang telah ditolak ketika prosiding, di mana dia mendakwa "Mereka" membuatkan dirinya teraniaya.
"[...] bagi saya tindakan mereka ini semata-mata bertujuan untuk mendapatkan sabitan terhadap saya sebagai 'kambing hitam' yang harus dikorbankan," Ram memetik kenyataan itu.
"Adalah jelas daripada kenyataan Sirul sendiri [...] bahawa dia tidak mengenali Altantuya atau mempunyai apa-apa urusan dengan dia.
"Oleh itu, dia (Sirul) tidak boleh tahu jika dia (Altantuya) hamil atau tidak pada masa kematiannya," kata Ramkarpal, merujuk kepada kandungan video kedua yang dilaporkan oleh Malaysiakini semalam.
Dalam video itu Sirul menyalahkan media kerana menyebarkan salah tanggapan bahawa Altantuya telah mengandung semasa kematiannya.
'Namakan tuan anda'.
"Dakwaan Sirul yang dia telah dijadikan kambing hitam boleh memikul tanggungjawab seseorang, dan tak mungkin dia mempunyai sebarang motif membunuh Altantuya.
"Dia boleh melakukan dengan baik dengan memberitahu kami siapakah ‘mereka’ yang dirujuk dalam kenyataannya," kata Ram.
"Sehingga itu, janganlah kita terpengaruh dengan telatah pembunuh yang disabitkan bersalah ini yang mana kredibiitinya secara serius telah dikompromi," ujarnya.
Sirul - bekas komando polis yang melarikan diri ke Australia, bersama dengan rakannya Azilah Hadri dihukum mati tahun lepas atas tuduhan membunuh Altantuya di sebuah hutan di Shah Alam antara jam 10 malam dan 1 pagi pada 18 Julai dan 19 Julai 2006.
Pengkritik mempersoalkan kerajaan dan mahkamah mengenai motif sebenar pembunuhan Altantuya.
Sementara Azilah pula memohon pengampunan dari istana Selangor.

5 comments:

  1. cbuk mamat ni mandor dia azilah mana pi diam aja
    sendiri mau buat tanggung la
    2pembunuh mencari helah
    jangan lamalama jadi gila sudah
    itu jam kes bungkus

    ReplyDelete
  2. Sirul dan Azilah adlh contoh penjawat awam yg bodoh, sanggup menutup pekung bosnya sedangkan gajinya dr cukai rakyat malaysia. Mati pun orang tak akan kenang jasa...

    ReplyDelete
  3. Sirul cilake cuma layak dikongkritkan dalam tong drum aje. Polis pembunuh salahguna kuasa mesti mati! Mahkamah pun dah bagi lampu hijau! Mueheheheheheheh

    ReplyDelete
  4. Segala yang diucapkan sirul tidak memberi kebaikan kepada kepada negaraku Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Polis tidak tembak n letop jika tidak diarah pihak atas. Sapa pihak atas tu. Kedua2 nya adalah pengawal najib kan. So lu pikirlah sendiri. Polis jika bedil sesuka hati boleh dipecat. Pikirlah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa