Friday, January 22, 2016

Hahaa......kelima-lima calon MB di cabar bertanding

Anina cabar UMNO buat undian dalaman di Kedah

 | January 22, 2016
Sekiranya mana-mana calon dari lima individu tersebut calonkan sebagai Menteri Besar Kedah ketika PRU13 yang lalu, mampukah BN merampas kembali Kedah dari Pas?
Anina_kedah_umno_600
PETALING JAYA: Kreadibiliti beberapa pemimpin utama UMNO di Kedah dipersoal jika mereka benar-benar setanding dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sehingga wujud desakan beliau disingkir.
Bekas ahli UMNO Langkawi, Anina Saadudin mencabar UMNO Pusat supaya mengadakan undian dalaman parti di Kedah untuk keseluruhan ahli UMNO Kedah memilih Ketua Perhubungan UMNO Negeri.
Dalam cabarannya itu Anina mencadangkan supaya Datuk Seri Mukhriz Mahathir secara solo berlawan dengan lima individu iaitu Ahmad Badshah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Abdul Azeez Rahim, Datuk Mohd Johari Baharum, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
“DS Mukhriz seorang lawan kelima-lima individu di atas. Maknanya, 1 lawan 5 (campur semua undi 5 individu lawan undi DS Mukhriz seorang).
“Jika DS Mukhriz menang, kelima-lima individu tersebut perlu meletak jawatan serta merta,” tulisnya dalam nuatnaik di Facebook milik beliau.
Anina juga mempersoal pencapaian kelima-lima pemimpin UMNO yang dinamakan di atas dalam portfolio masing-masing.
“Apa pencapaian Ahmad Badshah di KPDNKK; Apa pencapaian Jamil Khir di JPM; Apa pencapaian Azeez Rahim di Tabung Haji; Apa pencapaian Johari Baharom di MINDEF; Apa pencapaian Mahzir Khalid di MOE?”
Tanya juga, sekiranya mana-mana calon dari lima individu tersebut calonkan sebagai Menteri Besar Kedah ketika PRU13 yang lalu, mampukah BN merampas kembali Kedah dari Pas.
“Adakah pencapaian kelima-lima individu di atas, campur semua sekali (sum up) akan dapat menyaingi pencapaian DS Mukhriz seorang di Kedah?” katanya.

2 comments:

  1. Isu lima lawan satu ni, kelakarlah bunyinya.

    Hello Ainina, UMNO tu sangat fobia pada angka-angka semua nih. Kalau bab menipu dan/atau membolot untuk diri sendiri, mereka memang amat pakar.

    ReplyDelete
  2. Kelima-lima mereka bukan calang2. Ahli dalam kabinet najib. Tapi semuanya tak boleh pakai. Banyak makan dedak. Apa tak nya.. tindakan mereka macam perancangan orang bodoh. Macam tak tahu undang2. Tindakan yang hanya m e njatuhkan umno. Buat rakyat bertambah marah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa