Wednesday, January 27, 2016

He...hee......Mukhriz perli penyokong Najib ke ni?

Saya bukan perasuah sampai nak dibuang, kata Mukhriz
OLEH MD IZWAN
Published: 27 January 2016 7:17 AM
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yakin dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan dan bersedia berhadapan sebarang kemungkinan kerana kelantangannya menyuarakan kebenaran. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 27 Januari, 2016. 

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir mempertahankan dirinya sebagai seorang yang bersih daripada rasuah dan skandal sehingga perlu dibuang selepas diasak kumpulan penentang supaya melepaskan jawatannya.

Mukhriz berkata, alasan diberikan kumpulan itu yang mendakwa beliau sering berada di Kuala Lumpur sebagai remeh, sebaliknya boleh diselesaikan tanpa perlu menyuruhnya meletak jawatan.

"Mereka beritahu Mukhriz buang banyak masa di KL, jadi apa penyelesaiannya buang sebagai MB, amboi mudahnya.

"Masalah mereka timbulkan itu saya rasa bukan susah sangat nak selesai, bukan apa sangat pun.

"Masalah itu tidak langsung menyentuh integriti saya sebagai pemimpin, tidak ada masalah berkait dengan skandal, saya tidak ada skandal," kata Mukhriz semasa berucap di hadapan kira-kira 200 penyokongnya di Ayer Hitam malam tadi.

Mukhriz membidas kumpulan yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Kedah Umno Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai gila kuasa, mengejar jawatan dan tidak bercakap mengenai isu membela nasib rakyat yang semakin hidup susah.

"Tapi kita lihat kawan-kawan kita berpolitik sakan, berebut nak jadi MB, jadi exco.

"Tapi mereka tidak sentuh pun hal rakyat. Jangan nak jawatan sahaja, tapi hal rakyat ini tidak diambil tahu.

"Macam mana nak pegang kuasa itu kalau tidak ada rasa tanggungjawab ke atas kuasa yang diamanahkan oleh rakyat?" katanya.

Mukhriz berkata, alasan sebenar kumpulan itu yang bersungguh-sungguh mahu beliau dibuang ialah kerana kelantangannya bercakap mengenai kebenaran.

"Saya nak nyatakan ini apa di depan mata kita ini adalah soal kelantangan saya bercakap apa yang benar.

"Saya akan bangkitkan perkara ini kerana saya ingin melihat kebenaran terus ditegakkan dan parti dihormati supaya dalam pilihan raya umum nanti kita tetap berkuasa.

"Kalau orang politik tidak boleh bercakap benar, kita tidak akan dilihat sebagai orang yang menegakkan kebenaran. Macam mana kita nak harap rakyat nak sokong kita dalam pilihan raya?" katanya.

Mukhriz antara yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membabitkan kemelut syarikat pelaburan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan berkenaan wang derma RM2.6 bilion sebelum ini.

Isu 1MDB dan RM2.6 bilion juga sering dibangkitkan oleh bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengkritik paling lantang Najib.

Menurut Mukhriz, nasib yang dihadapinya juga hampir sama berlaku dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat sebagai timbalan perdana menteri hanya kerana bercakap mengenai kebenaran.

"Nampaknya orang yang bercakap benar dia diugut untuk dipecat, ini pun sudah terbukti berlaku. Saya beberapa kali sembang dengan ahli Parlimen Pagoh, bekas timbalan perdana menteri.

"Saya apa salah Tan Sri, beliau juga berkata perkara sama mengatakan apabila nak tegakkan kebenaran tiba-tiba beliau juga jadi mangsa," katanya.

Mukhriz juga berkata, sedia menerima sebarang kemungkinan dan tidak takut kerana berada di pihak yang benar.

"Jadi, saya terima apa juga kesimpulan kepada diri saya ini kerana saya tahu berada di pihak benar.

"Itu sebab saya tidak gentar sama sekali, saya juga tidak takut dengan apa jua tindakan yang akan dikenakan ke atas diri saya ini," katanya.

Dalam perkembangan terkini, media melaporkan akuan bersumpah (SD) juga berjaya dikutip daripada 19 wakil rakyat Umno yang menyatakan tidak lagi menyokong Mukhriz. – 27 Januari, 2016.

5 comments:

  1. Zaman teknologi maklumat.... bukan zaman isyarat asap.

    ReplyDelete
  2. nok cerite sikit kat Tuang Mountdwellang,kemareng saye berkecek dengang kawang/orang Kedah yang kerje nelayang di Langkawi. Beginilah perbualang kite;

    Saye: orang kedah kalu 'terbakor' panggel amende?
    Kawang: nak habaq kat hang kita orang kedah sebut 'TERBAKAQ' orang Terengganu kalau terbakaq, hang panggil apa diaa?
    Saye: nok kkabor ke mung, orang teganu kalu terbakor kita panggel bomba la weh.
    Kawang : hotak hang!! hang ni sebiji macam Ahmad Said bekaih MB dulu
    Saye : Mat Said MB dulu memangg bijok & kuat, sebab makang nasi dagang kuoh lebehh - bakor dok hanguhh rendangg dok basoh.
    Kawang: nok habaq kat hang, mai laa kat alok staq sehari duaa ni, hang boleh tengok sapaa yg terbakaq . .
    Saye: bijok mung tima kaseh.

    Pok Mang seberang takir


    ReplyDelete
  3. Ha ha apa tak perli derma bilion bilion dipulangkan.pembohongan tahap pelampau agama tu ada org masih boleh percaya ke.lg kes src yg bagai tak mampu terjawab tu.derma dr keluarga diraja mana pulak tu.sudahla najib bersih dr kes yg tak mampu menjawab.nampaknya najib spt dah nak ko saja.no way out.ending terlalu klise tak mampu diterima org

    ReplyDelete
  4. umno/bn adalah parti yg ditunjangi oleh perasuah dan mengamalkan rasuah,x amik rasuah tapi duduk didlmnya samalah menjadi sebahagian dari amalan rasuah.elok la keluar dari kitaran rasuah ni.kecuali anda hendak menjadi sebahagian dari petsekitaran rasuah,duduk lah dlm umno/bn tp jgn cakap byk anda tidak rasuah

    ReplyDelete
  5. Yang pelik nya peminpin PAS masih nak bersekongkol dgn orang yang terlibat dengan rasuah sebagai pengkhianat dan pertualang negara kalau tinggal korea utara sah jenis ini species dan keturunan di biar makan anjing

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa