Friday, January 22, 2016

Inilah jadinya bila dah kantoi!

‘Pemberontak’ UMNO Kedah sedari tujuan sidang media

 | January 22, 2016
Ahli Parlimen Baling sangkal pemimpin UMNO Kedah yang mendakwa tidak tahu menahu usaha menyingkirkan Mukhriz.
Abdul-Azeez-Abdul-Rahim
PETALING JAYA: Pimpinan UMNO Kedah yang menghadiri sidang media kelmarin sebenarnya “menyedari” tujuan sidang media yang menyeru penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dakwa Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim.
“Saya berada di situ, dan saya sedar tujuan saya berada ke situ, dan begitu juga semua mereka yang hadir,” kata Abdul Azeez.
“Sekiranya Maznah Hamid tidak setuju dengan tujuan acara semalam (kelmarin), beliau boleh pergi pada bila-bila masa. Beliau (Maznah) duduk di sebelah saya,” katanya kepada Malay Mail Online semalam.
Ketua Wanita UMNO Kedah itu sebelum ini mendakwa tidak tahu menahu tujuan sidang media tersebut dan ketika diminta menyertai sidang media itu, kehadirannya hanya untuk mengambil tahu perkembangan parti
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bendang Baru, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi turut mengesahkan dakwaan Maznah.
“Mereka beritahu saya mereka ke situ untuk sesi penerangan, dan mereka tidak dimaklumkan terlebih dahulu akan ada sidang media untuk menyeru penyingkiran Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah,” katanya.
“Daripada apa yang diperkatakan sekarang ini, saya fikir semakin jelas apa yang beliau (Ahmad Bashah) katakan tidak sepenuhnya tepat.”
Kelmarin, UMNO Kedah menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengugurkan Mukhriz daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri atas alasan kegagalan mentadbir negeri, gagal menyatu padukan ahli parti, dan tiada rancangan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

5 comments:

  1. Ayooo yo.. mamak mau tendang mamak ka? Sudah lupa itu satu tongkang ada mari.

    ReplyDelete
  2. Yes sama sama mamak. Tapi satu cerah satu hitam legam. Lain bro. Yg hitam sampai hati dalam pun hitam legam. Haha

    ReplyDelete
  3. Cik Wan Rosli aka Anonymous sila masuk dan beri komen anda..

    ReplyDelete
  4. Pak hitam ni pun tumpang cari pengaruh murahan gak,.masalah khidupan Rakyat di Baling tak pun ambil kisah,.lagi la kes Tabung Haji, apa kerja dia,.apa perubahan yg ada,.hanya pak turut je sbb dah di hidung,.sedangkan habis duit pencarum dirobek sesuka hati,.apa kah tindakan dia?? Hancusss ada Pemimpin macam ini,...

    ReplyDelete
  5. Dalam keadaan seperti sekarang sepatutnya ditumbuhkan kepada faktor yang lebih penting dan tumpu kepada kepentingan rakyat. Alasan dan sebab yang dihujahkan bukan satu bukti kukuh pada hakikatnya. Apakah sekiranya sekarang ini, pihak yang mendesak pertukaran MB, memegang jawatan MB, Nageri Kedah pada ketika ini akan berada didalam situasi yang baik dari semua aspek? Krisis dalaman sepatutnya ditangani dengan cara yang lebih baik dan sihat. Sekiranya MB ditukar, ianya bukan satu jaminan kepada sesuatu yang lebih baik, malah mungkin akan mewujudkan satu keadaan yang lebih tidak menyenangkan. Budaya merendahkan kredibility pihak lain perlu dikikis dan perlu dipupuk dengancsemangat untuk sentiasa bersatu dan berkerjasama. Siapapun yang dilantik menjadi MB, perkara yang sama tetap akan timbul, kerana bukan seorang atau dua orang yang berhasrat serta bercita-cita untuk kejawatan itu. Siapa pun yang dilantik, pastinya tetap ada diluar yang akan tetap tidak berpuashati.. itulah hakikatnya. Pemimpin bercakap sayangkan parti, dalam masa yang pemimpin juga yang melakukan perkara yang mendorong kepada perpecahan dan kehancuran parti. Keadaan ini sudah mula menjadi trend kepada politik di Malaysia. Keadaan berlaku bukan sahaja didalam satu parti, malah semua parti di negara ini. Percayalah, sekiranya keadaan ini tidak dibendung, politik Malaysia akan menjadi parah selepas ini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa