Sunday, January 24, 2016

Mukhriz masih senyum: Apa maksud Najib?

'Mukhriz pun masih tersenyum,' ujar Najib
MOHD IDROS MOHD ALI - 24 JANUARI 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bermesra bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (dua, kiri) Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes (dua, kanan) ketika hadir pada Penerbangan sulung pesawat AirAsia dari Guangzhou ke Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) hari ini. - Foto Bernama

LANGKAWI - "(Datuk Seri) Mukhriz (Tun Mahathir) pun masih senyum melihat pertumbuhan sektor pelancongan yang semakin menggalakkan di Kedah, terutama Langkawi," demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, pertumbuhan yang memberansangkan, terutama dari segi pertambahan pelancong ke Langkawi menggembirakan banyak pihak.

"Perkembangan yang berlaku di Langkawi menyebabkan ramai yang gembira termasuk penduduk tempatan.

"Saya tengok ramai yang gembira. Saya nampak Rawi (Adun Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid), Nawawi (Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad) gembira kerana makin banyak pelancong tiba dari pelbagai destinasi dengan  penerbangan.

"Saya tengok Mukhriz pun gembira kerana Langkawi sudah melangkah ke  tahap lebih tinggi dalam industri pelancongan," katanya ketika nerasmikan penerbangan sulung Air Asia dari Ghuangzhou ke Langkawi di sini, hari ini.

Mukhriz kelihatan tersenyum ketika mendengar seloroh itu.

Najib berkata penerbangan terus ke Langkawi akan memantapkan lagi kedudukan Langkawi dri segi menjadi pilihan utama sebagai destinasi pelancongan terutama dari China yang mempunyai pasaran begitu besar‎.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa