Thursday, January 28, 2016

Penilitian semula PPO: SPRM dapat sokongan BERSIH 2.0

KENYATAAN MEDIA PENGERUSI BERSIH 2.0
27 JANUARI 2016

Kami bersama SPRM, dedahkanlah kebenaran!

BERSIH 2.0 mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah  Malaysia (SPRM) yang tidak letih berjuang untuk menegakkan keadilan dan mencerita kebenaran dalam kes RM2.6 billion.

BERSIH 2.0 menyokong penuh keputusan SPRM untuk membawa isu RM2.6 billion ini kepada Panel Pernilaian Operasi (PPO) untuk penilitian semula.

 BERSIH 2.0 yakin dan percaya bahawa SPRM telah menjalankan siasatan ini dengan teliti. Kini sudah tiba masanya untuk SPRM mendedahkan kepada umum akan dapatan SPRM mengenai siasatan SPRM terhadap kes ini.

Keseluruh rakyat Malaysia berhak mengetahui kebenaran dan kebenaran ini hanya boleh didedahkan oleh SPRM.

BERSIH 2.0 yakin keseluruh rakyat Malaysia juga turut bersama dengan SPRM dengan hal ini. Ini juga akan membantu SPRM untuk mendapat semula kepercayaan umum dari segi ketelusan dan kebenaran.


Langkah yang diambil SPRM wajar menjadi contoh sebuah institusi awam yang bebas dan mendaulatkan integriti serta keadilan. Inilah jalan yang wajar diikuti, ke arah keyakinan dan sokongan orang ramai.

Malah, ini juga akan membantu negara untuk memulihkan indeks rasuah yang makin menjunam.

Peluang sebegini hanya datang sekali. Lakukan sekarang, sebelum terlewat.

Dikeluarkan oleh,
Maria Chin Abdullah.
PENGERUSI BERSIH 2.0

http://www.bersih.org/kenyataan-media-pengerusi-bersih-2-0-kami-bersama-sprm-dedahkanlah-kebenaran/

2 comments:

  1. SPRM status dia bunyi dekat nak sama taqrafnya sebagai syarikat industri kecil dan sederhana "Syarikat Oermaina Malaysia " yang terletak di Juru, Seberang Perai mengilangkan permainan papan carrom.SPRM asal dahtak bergema bunyi gah (gagah nya ) seperti satu badan yang digeruni.

    ReplyDelete
  2. I dont know what are they playing around.kesalahan ternyata kerana menolak sistem islam.masing masing ingin mengatakan betul sendiri krn tamakkan kuasa.come them polis oficer come them ag come them sprm.they are all turning on a wrong way.while we can just sit hearing for a crazy plot.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa