Saturday, January 23, 2016

Periuk nasi akan terbalik maa...: Mahfuz buat desakan yang mustahil

Umno Kedah perlu nyatakan hilang kepercayaan pada Najib, desak Mahfuz
 | MALAYSIA DATELINE
Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar 2Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar 2
Semua kepimpinan Umno Negeri Kedah perlu menyatakan hilang kepercayaan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno itu di ibu pejabat parti dijangka petang ini.
Desakan ini dibuat oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kerana melihat kepada senario politik negeri Kedah di bawah kepimpinan Menteri Besarnya yang ditolak oleh 14 Ketua-ketua Bahagian negeri itu.
"Kepada pimpinan umno Kedah saya mengharapkan mereka mengutamakan negara dan rakyat yang sedang menghadapi kesempitan hidup akibat dari kegagalan Najib dalam menguruskan negara.
"Mereka harus sedar yang mereka telah diperbodohkan oleh Najib dengan bertindak biadap dan tak beradab mencalarkan nama baik Tuanku Sultan Kedah dengan merosakan sambutan hari keputeraan ke 88 dengan menimbulkan polimik rampasan kuasa dinegeri Kedah.
"Rampasan kuasa dari kepimpinan Mukhriz tidak akan menyelesaikan masalah negara dan rakyat yang berdepan krisis kepercayaan terhadap Najib.

"Saya mengharapkan pertemuan kepimpinan Umno Kedah dengan Najib petang ini akan digunakan oleh mereka untuk menyatakan hilang kepercayaan mereka kepada Najib sebagai PM dan Presiden Umno.
"Sebagai mana keberanian tak bertempat dan tidak pada masanya mereka nyatakan pada Mukhriz, maka keberanian yang sama pada hari ini yang tepat pada masanya diharapkan rakyat Kedah untuk mereka kepimpinan Umno Kedah menyatakan mereka hilang kepercayaan pada Najib." ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Kata Mahfuz tindakan Umno Kedah yang diketuai oleh Datuk Ahmad Bashah yang menyatakan hilang kepercayaan pada Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno negeri Kedah akhirnya mendedahkan berbagai kejadian tipu muslihat yang dilakukan oleh mereka yang menganjurkan sidang media untuk menjatuhkan Mukhriz.
"Serta pendedahan dan pengakuan yang dibuat oleh Datuk Maznah Hamid Ketua Wanita Umno Kedah, Datuk Tajul Urus dan Datuk Soraya exco kerajaan Kedah yang menyatakan mereka tidak tahu apa-apa dan tidak dibawa perbincangan menunjukan satu penipuan untuk merampas kuasa secara yang tidak demokratik.Kejadian ini sangat memalukan,"ujarnya.
Justeru Mahfuz secara sinikal berkata, sidang media yang iadakan pada 20 Januari lalu adalah satu usaha yang didramatikan sebagaimana didalam episod drama bersiri yang diarah sendiri oleh Najib.
"Petang ini dijangkakan Najib akan mengadakan pertemuan dengan semua pelakon dan pelakon tambahan di studio PWTC untuk memberi arahan agar menghafal skrip baru untuk penamat drama bersiri ini." ujarnya.
Timbalan Pengerusi Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah pada Rabu mendakwa bahawa 14 daripada 15 bahagian Umno di negeri itu telah hilang kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Ketua Umno Kedah.
Bashah menggesa Presiden Umno untuk menggantikan Mukhriz kerana gagal untuk menyatukan parti dan jentera di semua peringkat dan gagal untuk membawa pembangunan di negeri itu.

4 comments:

  1. Macam bagus sangat MAHFUZ sorang nie..Hadi kan penasihat Presiden Umno..bingai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuang presideng hanya menasihati permasalahan jimak antara parti

      Delete
  2. Hadi nak bui(beri) nasihat politik? Pigi daaa! Parti sendiribdah berantakan, pandai-pandai pulok nk bui nasihat kpd musuh. Boleh jalaaan daaa!

    Kalau bui nasihat tentang hal agama, memang mr presidenh pakar, tapi nak ke Najib melantiknya?

    Rasanya lebih baik mr presideng berundur je drp jawatang dia tu krnbdia dah hilang kewibawaan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi marang nak bui nasihat agama?
      Dia sendiri munafik..
      Bila cakap,berbohong..
      (kata ada surat dari alqardhawi haramkan parti amanah tp bila org minta buktikan,tak dapat.)

      Bila bejanji,mungkir janji
      (mengeluarkan watikah perlantikan utk lawan calun PKR di beberapa kerusi masa PRU lalu,sedangkan pada awalnya telah berjanji dgn pakatan rakyat)

      Bila diberi amanah,pecah amanah.(semua org dah tau sikap kuat ponteng hadi marang dalam mesyuarat,sidang parlimen,sidang dun,makan gaji buta)
      Org mcm ni layak beri nasihat agama??
      Mmg layak jd penasihat utk munafik lanun bugis je la..

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa