Thursday, January 28, 2016

Susulan timbus lubang.........rakyat makin meluat!

2 panel penasihat mahu SPRM terus bincang dengan peguam negara
TMI - Published: 28 January 2016 3:55 PM
Ahli tetap panel penilai SPRM, Tan Sri Musa Hassan tidak mahu membuat sebarang ulasan samada kertas siasatan itu dikira ditutup atau tidak. – Gambar fail, The Malaysian Insider, 28 Januari, 2016.

Dua panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu badan itu terus berbincang dengan peguam negara ekoran keputusan tidak ada sebarang tindakan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Panel penilaian operasi dan panel khas berkata mereka mengambil perhatian terhadap keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak ada kesalahan jenayah yang dilakukan Najib ke atas sumbangan RM2.3 bilion dan syarikat milik Kementerian Kewangan.

"Kedua-dua panel menasihatkan SPRM untuk berbincang dengan peguam negara berhubung keputusan berkenaan," kata kenyataan kedua-dua panel itu yang dikeluarkan di Putrajaya hari ini.

Ahli panel itu mengadakan mesyuarat hari ini ekoran permintaan dari SPRM bagi mengkaji keputusan peguam negara.

Ahli tetap panel penilai SPRM, Tan Sri Musa Hassan memberitahu pemberita selepas mesyuarat itu, dia tidak mahu membuat sebarang ulasan samada kertas siasatan itu dikira ditutup atau tidak.

"Kita meminta mereka berbincang (enggage) dengan peguam negara," katanya.

Semalam SPRM berkata, pihaknya akan menyerahkan kertas siasatan mereka mengenai RM2.6 billion dan SRC International kepada panel penilai.

Panel penilai operasi boleh menerima dan mengkaji laporan SPRM itu berhubung dengan keputusan peguam negara terhadap kertas siasatan itu. Mereka berhak untuk memberikan pandangan jika tidak ada tindakan diambil.

Ahli panel khas terdiri daripada pelbagai jawatankuasa penasihat dalam SPRM.

Apandi ketika mengumumkan kekurangan bukti untuk mendakwa Najib juga berkata, beliau mengembalikan kertas siasatan itu kepada SPRM dengan arahan untuk ditutup.

Bekas peguam negara, Abu Talib Othman bagaimanapun mempertikaikan arahan itu dengan berkata, "Peguam negara hanya ada kuasa untuk memula, menjalankan dan menghentikan sebarang prosiding (jenayah), tetapi tidak ada bidang kuasa mengarahkan sebarang agensi siasatan menutup kertas siasatannya." 

Ketika diminta mengulas lanjut apa yang mereka maksudkan dengan nasihat, Musa berkata, "Sebenarnya ada beberapa perkara yang mereka perlu berbincang lagi."

Apabila ditanya sama ada ini bermakna bahawa fail tidak ditutup, beliau berkata ia bukan tugas mereka untuk mengatakan sama ada fail ditutup atau dibuka.

"Mereka perlu bincang perkara ini, kita tidak boleh mengatakan sama ada terbuka atau tertutup," katanya.

Walau bagaimanapun Musa berkata, SPRM akan berjumpa dengan peguam negara "secepat mungkin".

Musa berkata, panel penilai SPRM adalah sebuah badan pengawasan yang anggotanya dilantik perdana menteri dengan tanggungjawab menerima dan meneliti laporan daripada SPRM berhubung keputusan kertas siasatan yang dibuat peguam negara dan mengemukakan pandangan mengenai tindakan ke atas kes di mana tiada caj dibuat.

Panel khas pula terdiri daripada jawatankuasa pengawasan dalam SPRM, yang ditubuhkan atas syor jawatankuasa khas mengenai rasuah yang dipengerusikan Presiden Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

"Panel penilai operasi dan panel khas mengambil perhatian terhadap keputusan peguam negara baru-baru ini berkaitan dengan RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd.

"Kedua-dua panel menasihatkan SPRM untuk 'engage' dengan Peguam Negara berhubung keputusan tersebut," katanya.– 28 Januari, 2016

4 comments:

  1. Suruhan diraja patut ditubuhlan bg mengendalikan kes ini. Bukan penguam negara yg menentukan ditutup atau tidak.

    ReplyDelete
  2. Biasa la..
    Upacara main tarik tali..
    Lanun bugis duk mcm tu jugak la,joli sana sini..

    ReplyDelete
  3. Buatlah macam manapun rakyat tak akan .percaya

    ReplyDelete
  4. Bole caya ke ini ex kpn? Bedal sana sini. Janji naik pangkat kaya cepat. Mula terkenal bila usung tilam. Kononnya anwar guna masa menyontot tahun 1997. Bapa bkn main alim. Tokoh maal hijrah rasanye. Anjing kalu dah besa maken bangkai. Kalu tk maken dicium gak.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa