Saturday, February 20, 2016

Apa pulak nih..........dosa-dosa perbuatan ni sape tanggung?

Lagi suspek Sosma dakwa diseksa dalam tahanan
Alyaa Azhar    Hari ini, 7:56 malam
Lagi dakwaan muncul berhubung dengan dakwaan tahanan diseksa semasa dalam tahanan termasuk tahanan didakwa diancam dengan senjatapi dan terpaksa menonggeng untuk diliwat.
Selepas menerima surat yang didakwa ditulis oleh tujuh tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang memperincikan seksaan yang mereka alami, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata pihaknya menerima dakwaan tambahan dari enam tahanan lain bulan lalu.
Enam tahanan itu, dakwa Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy, didakwa dijadikan beg tumbukan oleh pegawai serta ditampar dan dipukul, walaupun memberi kerjasama semasa siasatan dijalankan.
Seorang dari tahanan khususnya diancam dengan senjatapi semasa disoal siasat, dipaksa berbogel dan dicabul secara seksual oleh para pegawai.
"Tahanan ini telah dibogelkan dan menonggeng, duburnya diusap dengan botol air.
"Seorang lagi tahanan dipaksa berbogel dan dipaksa menonggeng untuk diliwat," kata Sevan, sambil menambah beliau tidak pasti sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku atau sebaliknya.
Selain daripada seksaan yang dialami oleh tahanan tersebut, ahli keluarga juga didakwa dilayan dengan kasar dan isteri seorang tahanan didakwa dipukul tanpa sebab semasa tangkapan dibuat.
"Beberapa ahli keluarga telah ditampar oleh pegawai," katanya.
Aduan kepada EAIC
Mengecam seksaan yang didakwa dialami oleh tahanan berkenaan, Suaram hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), menggesa suruhanjaya itu supaya menyiasat perkara itu.
"Mereka (EAIC) telah berjanji untuk menjalankan siasatan; malah mereka telah pun mula menyiasat," katanya.
Sementara itu, penyelaras Suaram Amir Abd Hadi berkata NGO itu telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 22 Januari.
"(Oleh itu), Suhakam akan memberi lebih tumpuan kepada aspek hak asasi manusia manakala EAIC akan memberi tumpuan kepada prosedur operasi standard (SOP) polis (melakukan seksaan)," katanya sambil menambah bahawa wakil EAIC telah bertemu wakil Suhakam mengenai perkara itu.
Bulan lalu, Suaram mendedahkan surat yang ditulis oleh tahanan di bawah Sosma yang mendakwa mereka diseksa semasa dalam tahanan.

3 comments:

  1. kalau betul apa yang dikatakan memang dzolim
    tengok cerita dari syed hussin dalam bukunya dua wajah bagaimana seorang penyiasat dah nak pencen minta maaf sebab ludah muka dia
    tengok kes mati dalam tahanan polis udah lah ynag disahkan oleh doktor akibat diseksa berlebihan
    bila tahanan dah mati baru kecut nak larikan diri dari tindakan
    dengan berbagi helah
    didunia terlepas diakhirat tau lah akibatnya
    buat naya kat orang ada tiga dosa
    satu pada diri sendiri dua pada Allah tiga pada mangsa
    kalau mangsa tak maaf mampuih jawapnya diakhirat nanti
    Ya Allah jauhi kami dari puak dzolim

    ReplyDelete
  2. Polis yg Buat ketja Sial ni Ugama Islam ke Kafir.klu Polis bangsa Melayu sah lah ugama dia Kafir termasuk Mak Bapak dia Melayu Kafirrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan marah kat anjing. Kan ke dia binatang? Kalau nak marah jugak, duduk dalam gelap pastu lastik dengan ball bearing saiz Ibu jari tepat kat kepala dia tu.. kompom mengengkeng. Anjing la kata kaaaaan.. kah kih kah..

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa