Thursday, February 25, 2016

Kena block: Blog mountdweller sama taraf dengan TMI ke..........bahayakan keselamatan negara?

# Aku rasa blog aku ni (mountdweller.blogspot.com) dia orang tersalah nilai kot?
Blog aku pun dapat 'sijil pengiktirafan' ini juga

Aku pun tak tahu kot mana yang mereka notiskan melanggar peraturan/undang-undang internet malaysia dan disekat?

Kalau Unify yang block nampaknya terpaksalah aku tamatkan langganan unify. Lagi pun aku bukan tengok service tv dia.......cerita out of date. Aku langgan astro dari dulu lagi

Tiada lagi akses The Malaysian Insider
 | February 25, 2016
Paparan sekatan akses terhadap portal berkenaan menunjukkan ia melanggar undang-undang negara
TMI-Blocked
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyekat akses terhadap portal The Malaysian Insider menerusi beberapa penyedia perkhidmatan internet.
Semakan FMT mendapati, penyedia internet Celcom, U Mobile dan UniFi menyekat laman sesawang itu dengan paparan ‘ia melanggar undang-undang negara’.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia gagal dihubungi FMT untuk mendapatkan maklum balas ketika ini.
Sementara itu, pengarang dan Ketua Eksekutif The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq mendakwa tiada notis dihantar kepada pihaknya berhubung sekatan itu.
“Ia kejutan yang amat tidak menyenangkan. Saya cuba menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi pegawainya sedang bermesyuarat,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.
Sebelum ini, laman sesawang Sarawak Report disekat pada Julai 2015 atas alasan kandungannya yang disifatkan mengancam keselamatan negara.
Pihak berkuasa negara ini sudah menyekat pelbagai laman sesawang seperti Malaysia Chronicle, Asia Sentinel, beberapa blog dan kandungan yang berunsur pornografi.

3 comments:

  1. aku ok je dapat buka.. hehe.. xheran la dengan sekatan skmm tu.

    ReplyDelete
  2. Orang tak cerdik jer tak leh akses blog ni. Yang aku dok komen ni kat batang pisang ker.
    SKMM rasa dia pandai orang lain lagi cerdik lahhh. Ilmu kalau tak cukup hamgpa kena pi belajaq lagi. Ni kalau budak budak IT di Mumbai tengok mesti dia orang gelak pecah perut. Ek eleh block konon.....

    ReplyDelete
  3. Keruak kepala nya da kene kurap..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa