Tuesday, February 23, 2016

‘Kucing kurap’ pun nak kritik ke?

Nazri Aziz ‘kucing kurap’, tak layak kritik Muhyiddin

 | February 23, 2016
Sebagai Timbalan Presiden yang dipilih secara sah, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai hak untuk bercakap mengenai apa saja isu rakyat dan negara.
nazri-khairuddin-muhyidin
PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak layak membuat kritikan kepada Tan Sri Muhyiddin kerana beliau hanya dilantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, bukannya menang pemilihan.
Bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Nazri tidak ubah seperti ‘kucing kurap’ kerana lantang mendesak Muhyiddin meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO.
“Sedarlah diri tu sikit. Inilah budaya kurang ajar yang sedang menyusup serta merosakkan parti UMNO. Pemimpin haprak macam Nazri Aziz inilah yang membuatkan UMNO semakin dibenci dan ditolak oleh rakyat jelata.
“Sebagai Timbalan Presiden yang dipilih secara sah Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai hak untuk bercakap mengenai apa saja isu-isu yang sedang membelenggu pemikiran rakyat di negara kita.
“Rakyat mahukan kebenaran. Rakyat nak tahu secara sahih, terang, jelas serta mendalam khususnya kes skandal yang berkaitan dengan skandal 1MDB,” katanya menerusi posting terbaharu Facebooknya.
Semalam, Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mengingatkan Muhyiddin supaya tutup mulut daripada mengkritik Perdana Menteri atau berdepan digantung jawatan dalam parti.
“Saya nak bagi tahu Nazri Aziz agar jangan gusar kerana sudah terlambat serta sukar untuk sesiapa pun yang nak sorokkan isu kes skandal 1MDB ke pengetahuan rakyat jelata. Malahan ia telah menjadi satu isu dunia pun dewasa ini.
“Budak Nazri Aziz juga tolonglah jangan serang Timbalan Presiden UMNO yang sah kerana Tan Sri Muhyiddin yassin berada di hirarki kedua tertinggi parti.Apa pun kita semua tak perlu layan kerenah budak bangang Nazri Aziz ni.Suruh dia suluh dan cerminkan muka dia terlebih dahulu,” tambah Khairuddin.

Nazri Aziz pengampu, berlagak seperti penyangak – GKCM

 | February 23, 2016
Nazri mungkin tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan di garisan terakhir untuk mengampu Presiden yang menanti masa untuk rebah.
PETALING JAYA: Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia (GKCM) menuduh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai pengampu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Menerusi kenyataan hari ini, GKCM membidas Nazri susulan tindakannya yang mencadangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO supaya menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin jika enggan melepaskan jawatan Timbalan Presiden parti secara sukarela susulan kritikannya terhadap Perdana Menteri secara berterusan.

“Selepas Tengku Adnan, Ahmad Maslan dan dua budak Sabah, kini muncul pula Nazri Aziz yang tampil dengan kenyataan bacul mengampu Presiden UMNO.

“Nazri mungkin tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan di garisan terakhir untuk mengampu Presiden yang menanti masa untuk rebah. Tuduhan Nazri terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah melampau,” kata kenyataan itu.

Gerakan anti Perdana Menteri turut menyifatkan Nazri sebagai perosak dalam UMNO kerana perjuangannya adalah untuk mendapat ganjaran berbanding mahu membangunkan parti.
“Nazri adalah antara karektor perosak dalam sejarah UMNO. Jika kita kaji sejarah keruntuhaan empayar Rom, kita akan dapati bahawa sebab utamanya ialah rasuah yang diamalkan oleh pembesar istana.Tindakan Nazri ini sama dengan pembesar Rom yang mengampu untuk mendapatkan sesuatu,” dakwanya.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyifatkan Nazri sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang lemah dalam Kabinet.
“Tiada yang hebat tentang Nazri sebagai menteri selain daripada menunjuk lagak penyangak dan menentukan anak-anaknya hidup dalam kemewahan. Nazri selama menjadi menteri UMNO memang tidak mempunyai sebarang keistimewaan.
“Kami sudah meluat melihat pemimpin seperti Nazri yang cuba memperbodohkan kami untuk kesenangan mereka anak beranak,” ujarnya lagi.

1 comment:

  1. Setahu aku umno semuanya penyangak...x kira la muhyidin ker...nazri ker...khairudin ker...semua kejar projek...da dpt projek alibaba..bankrup mula la ckap sana sini...muhyidin pernah buat ceramah kt bp kutuk anwar semata2 nk dpt jawatan timbln presiden or presiden zaman pak lah...skrng kena kt btg hidung sendiri...baru tahu langit tinggi rendah...hukum karma berjalan mengikut waktunya...tiada siapa pun bakal terlepas...so jgn peduli sama itu muhyidin...kalau muhyidin ada telor da lama dia keluar umno...kerna dia lebih tahu siapa itu umno...penyangak bin perompak...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa