Wednesday, February 24, 2016

Mamat ni memang budak rosak.........

Tertuduh kes curi di Low Yat didakwa belasah mekanik

February 24, 2016
Mereka didakwa mencederakan Hafizuddin menggunakan parang di hadapan bengkel Mizan Racing Tuned, Jalan Jelatek, pada 20 Februari lalu.
shahrul,dakawa
KUALA LUMPUR: Lelaki yang didakwa mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat di sini tahun lepas, hari ini sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencederakan seorang mekanik, empat hari lepas.
Shahrul Anuar Abdul Aziz, 23, dan rakannya Muhammad Shameer Zaidi, 19, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohd Rehan Mohd Aris.
Kedua-dua mereka yang merupakan pekerja kedai dobi didakwa mencederakan Hafizuddin Hamzah, 27, menggunakan parang di hadapan bengkel Mizan Racing Tuned, Jalan Jelatek, di sini pada 3.30 pagi, 20 Februari lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
Bagaimanapun, Mohd Rehan belum membenarkan jaminan berikutan penjamin kedua-dua tertuduh tidak hadir pada hari ini.
Pada 14 Julai tahun lepas, Shahrul Anuar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat di Bukit Bintang di sini pada 4.47 petang, 11 Julai 2015.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Shahrul Anuar juga didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret pada 12 Februari lalu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah pada 12 Julai 2015.
-Bernama

4 comments:

  1. ini pun termausk kategori pengganas jugak
    berhati hati nasib baik tak mati
    dahlah melarat jahat pulak
    ada yang kaya pun tak guna jugak kalau jahat
    jahat sapa suka orang jahat
    orang jahat pun tak suka orang jahat

    ReplyDelete
  2. Abe....
    Jgn main2
    Tu permata harapan ismail sabri.
    Jasanya la dpt low yatt 2 kih kih.
    Nanti .ngamuk lg jamal suka bakar ikan tu...psl ikon dia kena tangkaaaap manjang...silap2 dia bawak arang bakar ikan dia tu pegi bakor mahkamah n balai polis...
    Alahai melayu umngok..
    Berkesan betol makan dedak
    Kakh kah kah

    ReplyDelete
  3. Buat malu Melayu jer mamat nih. Mael Sebri tu menteri. kalau cerdik mana jadi menteri pun

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa