Saturday, February 27, 2016

Perihal Shaari Sungip........

PERIHAL YB SHAARI SUNGIP

Saya mula-mula dengar nama Shaari Sungip dalam tahun 1998, ketika api politik negara sedang marak menyala akibat fitnah terhadap Anwar Ibrahim.... 

Ketika itu, dia memimpin NGO Jemaah Islah Malaysia (JIM).
Orangnya tenang dan cool, tapi agak berpengaruh di kalangan orang-orang 'agama' dalam beberapa pertubuhan dan dia mempunyai hubungan rapat dengan beberapa orang tokoh politik termasuk Husam Musa.

Dia pernah ditahan dibawah ISA... tak perlu ceritalah apa kesalahannya, sebab nama pun ISA.

Dalam PRU-2004, dia bertanding atas tiket PKR di parlimen Paya Besar, Pahang tapi kalah di tangan Siti Zaharah Sulaiman….. Masa tu, Hadi Awang pun kalah di parlimen Marang.

Dalam PRU-2008, dia bertanding atas tiket PAS dan menang di DUN Hulu Kelang.... Khir Toyo, bekas MB Selangor jadi ketua pembangkang dalam DUN Selangor ketika itu.... Entah apa yang didedahkan oleh Shaari Sungip dalam DUN tentang persatuan isteri wakil rakyat, menyebabkan Khir Toyo panas bontot..... 

Khir Toyo tahan Shaari Sungip di luar dewan dan memarahinya, hingga sampai ke tahap Khir Toyo tarik janggut Pak Abu dan memberi amaran supaya jangan babitkan isterinya, tapi... itulah, Pak Abu tetap cool dan rilek saja... dia tidak melatah, tidak melawan balik, dan nak kata dia takut pun tidak.... Dia tetap selamba dengan gaya 'macam tak ada apa-apa'.

Apabila tercetus krisis akibat pertukaran MB Selangor dan Khalid Ibrahim berkeras kepala tidak mahu letak jawatan, maka keadaan agak kritikal ketika itu kerana telah terdengar desas-desus bahawa PAS mahu mengkhianati Pakatan Rakyat dan mahu membentuk kerajaan campuran bersama UMNO untuk memerintah Selangor…. Kalau Adun PAS + Adun UMNO + Khalid Ibrahim, mereka mempunyai kelebihan 2 kerusi dan akan meletakkan PKR dan DAP menjadi pembangkang.

Dalam kemelut yang agak mencemaskan itu, tiba-tiba Shaari Sungip muncul dengan muka tenang dan selamba, bersama seorang lagi Adun PAS iaitu YB Hasnol Baharuddin (Morib), mengumumkan secara terbuka bahawa kedua-duanya menyokong Wan Azizah.

Ternyata tindakan Shaari Sungip dan Hasnol itu sangat membangkitkan kemarahan yang tidak terhingga kepada lebai-lebai PAS dan merangsang kutukan yang keras dari kaum wala’un kepala berdengung…. Tetapi sejarah akan mencatatkan bahawa tindakan kedua-dua Adun PAS itulah yang berjaya menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, hingga membolehkan Azmin Ali menjawat Menteri Besar hingga sekarang…. 

Pengisytiharan Shaari dan Hasnol itu benar-benar telah merubah jalan sejarah, kerana kalau tidak kerana tindakan itu, mungkin hari ini kita akan melihat saja dengan mata berkelip-kelip bagaimana UMNO dan PAS menjarah harta kekayaan negeri dengan sesuka hati dan menfara’idkan kepada anak-menantu dan kroni-kroni.

PAS mula terbakar dengan api kemarahan bergejolak di kalangan lebai dan wala’un… Muktamar Agong PAS di Batu Pahat menjadi medan bagi lebai mempertontonkan bakat kesyaitanan dengan mengutuk dan memaki hamun Shaari Sungip dan Hasnol dengan sekeras-kerasnya…. 

Seingat saya, Azli Taliban berucap berapi-api dengan separuh menjerit sampai nak terkeluar anak tekak dan dengan muka sebijik macam jin afrit, memaki hamun dan merapu macam orang sasau…. 

Seorang perwakilan yang bertitle ‘ustaz bodo’ telah menggunakan peluang berucap dengan membaca doa selama 20-30 minit, meminta supaya Allah melaknat Shaari Sungip dan Hasno…. Siap mengadu dan merintih dalam doa, mereka buat langkah kajang tak berbincang dengan kami, Ya Allah….. ek eleh… dengan Allah pun nak mengacum, macam Allah tak tahu apa yang berlaku.

Kemuncak kepada kemarahan itu ialah ucapan penggulungan oleh Hadi Awang selaku Presiden PAS yang meracau-racau dengan mendedahkan ‘ada orang kita yang sanggup bersekongkol dengan musuh’….! (rupa-rupanya ucapan itu mendedahkan kemunafikan Hadi Awang yang menganggap PKR adalah musuh selama ini, bukannya UMNO)….. 

Bahkan Hadi Awang mengungkapkan perkataan yang membawa maksud, dia menolak Wan Azizah jadi MB kerana tidak mahu membawa pengikut PAS masuk neraka jahanam…!!! 

Hadi Awang juga menyindir dengan mengatakan ada orang PAS yang jadi broker PKR untuk curi Adun PAS, manakala Shaari Sungip dan Hasnol digelar sebagai ‘barua’…!

Selesai ucapan penggulungan, Shaari Sungip telah diserbu dan dikerumuni oleh sekian ramai wartawan untuk mendapatkan responnya berkaitan dengan tuduhan broker dan gelaran barua itu….. 

Tetapi, ternyata Shaari Sungip memang seorang yang berjiwa besar…. 

Pertanyaan yang bertalu-talu dari pemberita dan pihak media itu langsung tidak membuatnya gelabah, sebaliknya Shaari dengan tenang bertanya balik kepada para pemberita : “Eh..? Dia tujukan kepada saya ke…? Saya tak fikir begitu… Saya rasa, broker dan barua tu ditujukan kepada orang lain… Saya tak rasa dia tuju kepada saya.”

Para wartawan dengan mata terkebil-kebil dan terpinga-pinga memandang sesama sendiri, kemudian terpaksa beredar dari situ.

Saya pernah bertemu sekali sahaja dengan Shaari Sungip, selepas dia berceramah di Taman Permata, kemudian kami pergi minum di sebuah restoren mamak…. YB Hasnol Baharuddin pun ada sama….. Memang, kedua-duanya sangat tenang, cool, terserlah kewibawaannya, tutur-bicaranya manis menarik melambangkan keluhuran hati dan keikhlasan budinya yang tinggi.

Semoga Allah merahmati YB Shaari Sungip dan YB Hasnol Baharuddin…. Kami mengasihi mu kerana Allah.  

Demikian adanya.

(turut bersama kami ketika minum di restoren mamak ketika itu termasuk Dato Saifudin Nasution, Kameel Abuya, Rosli Abdul Rahman, Tengku Kudin Que, Dato Nikah Kawen, Reyel De Helmet) - Mohammad Shahrul Izwan

3 comments:

  1. Dia ni amat dikenali sbg Abu Urwah kalangan Jim. Kelompok ini dilaporkan pnh menyusup dlm Pas sehingga ada beberapa negeri merasai kehadiran "ular 2 kepala" akibatnya gerakan senyap menghalau spesies ini tahun 80an. Kemudian tertubuh ngo Jim.. dan ahli2 pas dpt mengenali siapa itu Abu Urwah.

    Ketika era Dsai terbuang dari umno, mat sabu pnh kata puluhan ribu isi borang pas iaitu para anwarisme termasuk pondan2 di chow kit rd. Kami ahli pas merasakan penghijrahan ramai ini boleh beri kesan positif atau negatif kpd pas. Apatah lg ribuan itu adalah pelarian politik atau penyelinapan "ular 2 kepala"?

    Bila berlaku pertembungan antara tentera bawah kepimpinan ulama dgn gerila pro dsai atau Dap, terbukti hitam putih di layar panggung. Pas kembali membawa penyapu...

    ReplyDelete
  2. Selepas kumpulan cerdik padai dan professional dalam PAS disingkirkan secara sistematik dlm Muktamar lepas, jin-jin dan syaitan yang dikepalai oleh ulamak sesat Hj Hadi beserta anak menantu dan tukang kipas penjilat bontot mulai bermaharaja lela. Akhirnya ahli-ahli PAS yang naik meluat keluar menyertai parti AMANAH.Sekali lagi syaitan-syaitan yg dulunya menghalau keluar orang orabg yg tidak walaun kpd kepala jin MEROYAN sakan.Kini kumpulan jin-hin ini mahu menjadi penasihat kpd sebuah regim korup yg zalim dan menindas rakyat. Perjuangan PAS diselewengkan dari landasan dan Islam disalahgunakan untuk menggertak dan mengugut. Nampakbya kumpulan jin-jin ini sedang berlari ke hulu ke hilir membawa penyapu. Tak lama lagi nasib mereka akan berakhir macam Khir Toyi juga yg suatu masa dulu mengusung penyapu ke hulu ke hilir.

    ReplyDelete
  3. i love u anonymous,
    u are correct. Yesssss.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa