Friday, March 25, 2016

Angkara siapa dan bagaimana LTAT terheret ke dalam kemelut 1MDB?

Rafizi gesa Tan Sri Lodin letak jawatan Ketua Eksekutif LTAT
OLEH : AFIX REDZUAN
KUALA LUMPUR, 24 MAC: Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin digesa meletakkan jawatan selaku Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ekoran kelewatan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos tunggakan tuntutan berjumlah RM396.41 juta terhadap Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM).
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, konflik kepentingan berlaku secara jelas memandangkan pada masa sama Lodin terlibat selaku Pengerusi 1MDB.
Rafizi“Kegagalan 1MDB membayar (tuntutan) PPHM mengikut jadual bukanlah satu perkara kecil yang boleh dimaafkan.
“Tunggakan (RM396.41 juta) sudah tentu mempunyai kesan kepada kewangan LTAT membayar caruman pencen kepada pencarum yang sudah tamat perkhidmatan tepat pada masanya.
“Dalam keadaan LTAT yang diketuainya terheret sama dalam kemelut 1MDB sehingga menyebabkan kesukaran kewangan kepada pesara tentera, kesesuaian beliau untuk terus mengetuai LTAT boleh dipersoalkan,” katanya pada sidang di Lobi Parlimen.
Tegasnya, Lodin sepatutnya memainkan tanggungjawab utama menjaga kebajikan dan hak pesara tentera mengatasi kepentingan perniagaan lain.
“Apabila ada keluarga pesara tentera terpaksa menjual kenderaan, menggunakan simpanan dan lain-lain, saya berpendapat Tan Sri Lodin perlu mengambil tanggungjawab atas masalah ini,” katanya.
-nR-

2 comments:

  1. Kebanyakkan yg ada kepentingan dlm 1MDB mesti ada kaitan dgn satu satu2 syarikat oleh pengarahnya.. tabung haji ada..
    LTAT ada...
    Apa lagi..

    ReplyDelete
  2. With your blender still running slowly, add the chickpeas, until it forms a thick paste.
    Colorful fruits are great to brighten Pavlovas, ideas being sliced banana, strawberries, kiwi fruit and passion fruit.
    Make plenty and enjoy delicious low sodium soups even more
    the subsequent day.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa