Monday, March 28, 2016

"Bukan sahaja perubahan personaliti": Pandangan ni aku sokong!

Anwar: Tumpu pada reformasi institusi, bukan tukar Najib
Hafiz Yatim    Hari ini, 2:07 petang
Bekas pemimpin pembangkang dan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mahu rakyat memberi tumpuan kepada pembaharuan institusi dan bukan sekadar pertukaran perdana menteri.

Anwar ketika dibawa keluar dari mahkamah oleh pengawal Jabatan Penjara ditanya sama ada perubahan dalam kepimpinan negara dengan menukar Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri adalah memadai.

"Saya harap rakyat Malaysia akan terus mendesak pembaharuan institusi, perubahan dalam sistem kehakiman dan perubahan lain yang sebenarnya.

"Bukan sahaja perubahan personaliti," katanya sambil pegawai penjara pula menjerit, “tiada sidang akhbar”.
Semalam, bekas seteru politik Anwar, Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang bergandingan bahu menuntut peletakan jawatan Najib berhubung keadaan semasa negara dan implikasi Najib terpalit dalam skandal derma RM2.6 bilion.

# Kalau setakat Najib jer jatuh tadak guna sekiranya sistem dan institusi yang sama tidak bertukar.
Hakikatnya akan jadi pi mai, pi mai tang tu jugak!

Kalau menindas, rakyat akan tetap tertindas
Kalau rasuah dan ketirisan, akan berterabur jugalah harta rakyat di merata-rata kocek

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa