Tuesday, March 22, 2016

Hadi bela LGE: Prinsip atau kewajaran?

Sebab kes Najib pun begitulah juga ungkapannya........
Jadi rakyat tidak akan boleh kata Hadi bela perasuah (Najib). LGE pun sekarang hadapi situasi yang sama dan itulah juga pendirian Hadi - harap korang faham apa yang aku maksudkan
Banyak juga blog yang puji Hadi katanya membela LGE di kala ramai pemimpin PH yang membisu. Benar membisukah mereka?

# Pada aku tak guna bising pada perkara yang belum tentu kesasihannya. Biarkan SPRM jalankan kerja mereka

Memang pada aku senang jer, bab rasuah walau siapa pun yang lakukan aku takkan bela atau pertahankan. Biarkan pihak berwajib siasat dan tentukan. Jangan pilih bulu sudahlah.........'rasalah kepahitan jadam yang ko telan'(kalau batul)

LGE tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah – Hadi
 | March 21, 2016
Presiden PAS menyeru orang ramai tidak menjatuhkan hukuman kepada Guan Eng selagi beliau tidak dibuktikan bersalah.
hadi-guan-engKUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak patut dihukum selagi beliau tidak didapati bersalah terlibat dengan penyelewengan berhubung isu pembelian rumah banglo berharga RM2.8 juta.
Sebaliknya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, orang ramai sepatutnya menyerahkan kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan.
“(Isu pembelian rumah oleh Guan Eng) itu serah kepada SPRM, terpulang kepada keputusan siasatan, kita tidak boleh buat keputusan sekarang.
“Tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan, (itu) baru pertuduhan,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.
Sebelum ini, SPRM berkata pihaknya akan membuka kertas siasatan berhubung pembelian rumah banglo oleh Guan Eng yang dikatakan dibeli di bawah harga pasaran.
Pemimpin UMNO Pulau Pinang pula mengaitkan pembelian rumah banglo itu dengan skandal Taman Manggis pada 2012.
SPRM dilaporkan akan menyiasat kes itu mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana menerima suapan daripada pihak yang berkepentingan.
Isu pembelian rumah oleh Guan Eng timbul apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membuat pendedahan di Dewan Rakyat minggu lalu.
Shabudin mendakwa, nilai pasaran harga rumah berkenaan dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.
Guan Eng menafikan dakwaan itu dan menegaskan harga banglo itu dpersetujui selepas rundingan terus dengan pemiliknya.
“Saya beli rumah tersebut dengan harga RM2.8 juta pada 28 Julai 2015, bukan dari pemaju swasta tetapi dari individu persendirian. Saya bayar dengan mengambil pinjaman bank RM2.1 juta dan baki RM700,000 dibayar secara tunai yang saya peroleh selepas saya dilantik sebagai Ketua Menteri dan wakil rakyat,” kata Guan Eng.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa