Wednesday, March 30, 2016

Masih "jantan" kah Mahfuz dan Husam?

Monday, March 28, 2016
ROSLAN SMS

Lama saya mengambil masa untuk memikirkan hal ini. Lama saya cuba membayangkan apakah agaknya yang bermain dalam hati dan fikiran kedua tokoh ini ketika duduk mendengar Muhyiddin dan Dr Mahathir berucap semasa himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia baru-baru ini di Shah Alam.

Jika mereka itu Mat Sabu atau Salahuddin Ayub, tak terlintas pun dihati saya mahu ambil pusing apalagi ambil tahu. Kerana kedua-dua mereka itu sudah berkerat rotan dan berpatah arang dengan PAS. Tak perlu PAS dan PAS pun tak perlu mereka.

Tetapi Mahfuz dan Husam masih PAS.

Apa bijaknya mereka duduk bersekongkol dalam satu majlis yang menjulang dan melonjakkan personaliti Tun Dr Mahathir seorang tokoh yang selama 22 tahun sebagai PM dahulu sentiasa menekan dan menindas PAS.

Duduk dalam majlis yang mahu mengguling Najib sebagai PM dan Presiden Umno tetapi mengekalkan Umno dan BN berkuasa, apa rasionalnya.

Kiranya anda berdua telah mengisytihar diri keluar PAS, masuklah apa parti sekalipun mungkin tidak ramai yang ingin prihatin. Tetapi isunya anda berdua masih ahli PAS, masih Yang Dipertua PAS Kawasan masing-masing, masih wakil rakyat yang mewakili PAS.

Kenapa anda bertindak diluar izin dan pengetahuan parti dan jemaaah?

Apa yang ingin anda cari dalam majlis ini?

Salahkah jika kami menganggap anda berdua melihat PAS terlalu lekeh dan rendah kerana tidak merebut peluang duduk sepentas dengan tokoh-tokoh yang pada sangkaan anda akan menyelamatkan Malaysia dari Najib? PAS terlalu kolot lalu anda berdua lebih “advance” dan jauh lebih bijak dari pimpinan parti. Kalau pimpinan tidak mahu pergi anda berdua sanggup kerana lebih percaya pada Dr Mahathir, lebih percaya pada Muhyuddin, Mukhriz dan Kit Siang.

Najib perlu ditumbangkan demi menyelamatkan Malaysia, tetapi sikap PAS anda lihat seakan memberi nyawa pada Najib sedangkan arahan Presidennya biar tunggu Pilihanraya Umum nanti, perubahan  mesti dilakukan melalui kaedah demokrasi.

Bagi anda berdua Presiden dan kepimpinan PAS lambat dan tidak bijak membaca politik.

Kalau begitu mengapa kekal dalam PAS? Mengapa tidak angkat kaki sahaja?

Kalau begitulah anggapan anda terhadap Presiden, terhadap pimpinan PAS, lebih baik zahirkan sahaja. Nyatakan tidak lagi yakin pada perjuangan PAS, ikutlah Mat Sabu atau Salahuddin atau Kit Siang yang mungkin tergiur mahu terima anda berdua, kenapa pilih untuk duduk dalam wadah yang anda sendiri ragui dan tidak hormati lagi.

Kami ahli-ahli PAS telah bersuara. Kami telah nyatakan saf kepimpinan yang ada ini adalah pilihan kami dan pada mereka kami beri wala’. Kami sedia istiqamah dalam parti di bawah kepimpinan mereka, siapa yang menentang akan kami tentang.

Anda berdua mungkin anggap kepimpinan kami sudah tidak sesuai, tetapi mereka telah menerima mandat perwakilan, yang ditolak sebenarnya anda berdua.

Bagi kami meminjam kata-kata Pak Subky Latif: Biar kami dikata bodoh bagaikan sepat sekurang-kurangnya sepat tidak makan pancing emas, daripada cerdik macam jerung, pancing karat pun dibahamnya.

Kami semua mendengar ucapan Muhyuddin dan Dr Mahathir pada hari berkenaan, mujurlah kami ikut arahan parti dan wala’ pada pimpinan kerana ternyata, kedua Muhyuddin dan Mahahtir lebih berminat menyelamatkan Umno dan BN, benar mereka mahu jatuhkan Najib tetapi mereka menegaskan dengan jelas dan terang, di hadapan anda berdua bahawa Umno dan BN mahu dikekalkan berkuasa, lalu siapakah sebenarnya yang memberi nyawa pada Umno dan BN?!

Kita PAS mahu dan menuntut pembaharuan, sistem dan institusi yang ada perlu dirobah, bukannya dijatuhkan satu-satu tokoh hanya untuk digantikan dengan tokoh lain yang dari kerak yang sama.

Tumpu pada reformasi institusi bukannya tukar Najib : itu pesanan terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim yang jelas konsisten dengan sikap dan pendirian PAS.

Tetapi anda berdua ternyata terlalu bijak, terlalu laju dan terlalu taksub dengan pimpinan luar bukannya pimpinan jemaah sendiri.

Setelah lama saya memikirkan, dengan penuh hormat saya merayu Datuk Mahfuz dan Datuk Husam, kiranya kami PAS sudah tidak lagi selari dengan selera dan nafsu Datuk berdua, sebaiknya jadilah “anak jantan”, ambil keputusan dan tinggalkan lah kami sebagaimana kawan-kawan baik Datuk berdua sebelum ini.

Jangan ambil kesempatan jangan salahgunakan kedudukan dan peghormatan yang diberikan oleh PAS, jangan menipu kami lagi.

Itu pun kalau masih “jantan” Datuk berdua.

4 comments:

  1. Ambilah tindakan wahai ahlul walaun Pas.....Pecat lah kedua mereka kalau pendirian Pas kata begitu, ada telur?.......dimana maruah ostat 2 pas????.....pemilehan Pas itu hari pun pakai cai.......macam hj hadi lah.....mana dia kerajaan teknokrat? Mana dia hudud?.......Boleh join kelab tie and bow dan boleh tangguh hudud........kalau tak ambil tindakan terhadap YB Husam dan Mahfuz memang pas tak relevan. Pas anak jantan ke? Macam ameno juga lah pas ni....semua angkara DAP......dey Paih....yena poooorah!

    ReplyDelete
  2. sms dah ketinggalan zaman sama mcm pas. org skrg main watsapp. kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Nak tunggu pilihanraya baru nak lawan..adoiii..rakyat dah setengah mampos dah la..sronok la najib,rosmah and the geng..tak terasa apa2 ka wahai pengikut hadi..hangpa ni buta hati ka..

    ReplyDelete
  4. Nak tunggu pilihanraya baru nak lawan..adoiii..rakyat dah setengah mampos dah la..sronok la najib,rosmah and the geng..tak terasa apa2 ka wahai pengikut hadi..hangpa ni buta hati ka..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa