Thursday, March 24, 2016

Nafsu besar, serban besar, fitnah dan bohong juga besar, kederat tadak....

Seruan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, meminta umat Islam bersatu menentang DAP adalah satu tindakan berbaur perkauman yang akan hanya menguntungkan UMNO yang kini dilanda pelbagai skandal dan semakin dibenci rakyat.

Malah, Naib Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, berkata kenyataan itu hanya mengulangi propaganda dan fitnah UMNO terhadap DAP sejak sekian lamanya.

Katanya, Presiden PAS itu sepatutnya mengajak rakyat pelbagai kaum bangun menentang amalan rasuah dan salah guna dana serta kuasa kerajaan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional.

Menurutnya, Hadi tidak patut menjadikan isu kaum, khususnya cuba menggambarkan DAP yang majmuk sebagai parti satu kaum, semata-mata mahu menjadikannya modal politik meraih undi Melayu.

Beliau mengulas kenyataan pemimpin parti Islamis itu yang dilaporkan media mengajak umat Islam bersatu “menentang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan menggagalkan usaha parti itu yang berhasrat untuk memerintah negara ini”.

Hadi juga dilaporkan sebagai berkata: “DAP mempunyai cita-cita lebih besar daripada sekadar menguasai ekonomi, oleh itu hanya melalui penyatuan umat Islam sahaja mampu memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu” di satu majlis di sini malam kelmarin.

Tengku Zulpuri yang juga Adun Mentakab berkata, tindakan Hadi menunjukkan sikap tidak matang berpolitik kerana sanggup menutup amalan salah guna dana awam dan rasuah – sama seperti perangai kebanyakan pemimpin UMNO dan BN.

“Kenyataan Hadi juga menunjukkan ketakutan beliau pada momentum rakyat yang menyokong Pakatan Harapan. Malah, ramai pemimpin PAS bimbang dengan fenomena orang Melayu yang menyertai DAP sejak akhir-akhir ini.

“DAP adalah parti yang berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan, dan apa yang kami perjuangkan adalah keadilan, kesaksamaan dan kebajikan. Oleh kerana itu tidak timbul isu bahawa DAP memihak kepada satu kaum sahaja,” katanya kepada Roketkini.com.

Beliau juga menjelaskan Hadi sengaja membangkitkan ketakutan orang Melayu dengan menggunakan propaganda UMNO sedangkan semua pihak sedar bahawa DAP tidak akan mampu menjadi kerajaan secara bersendirian tanpa sokongan rakan politik Pakatan Harapan.

Sehubungan itu, katanya, tuduhan Hadi tidak berasas kerana DAP hanya bertanding sekitar 50 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen di negara ini. Kerusi yang ditandingi DAP itu termasuk 11 di Sarawak dan 5 di Sabah.

Sedangkan sewaktu PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum ke-13 lalu, PAS yang 100% Melayu-Muslim bertanding di 73 kerusi Parlimen manakala PKR sebagai parti majoriti Melayu di 99 kerusi Parlimen - layar impian

4 comments:

  1. Pernah tengok biawak Uturn.......itu lah hj Hadi. Radius terlalu besar untuk ditutup.....pakai ayat wala' pun xboleh tutup.

    ReplyDelete
  2. BABI HUTAN XPERNAH U TURN..babi akan rempuh lurus hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb nya kau nih BODOH tak pernah jumpa dan tanya org yg pernah kena sondol dek BABI utan

      Babi utan tuh akan kejar kau, dan bila kau cuba elak dia akan 'brek' berenti dan akan U-Turn hambat kau balik, lebih2 lg klu dia dah kau cederakan dia akan U-Turn dan hambat sampai dpt

      Kau nih nampak jer mcm pandai tapi BODOH ala2 sama mcm anjing BODoh yg menyalak babi ddlm bukit tuh

      Hehehe...dah BBBBBBBBBODoh nak buat camner yek!

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa