Friday, March 25, 2016

Orang sakit ni merapu lagi........konon BN tak mampu, dia boleh!

Dah terserlah Ular atau Ulamak namun ramai yang tak kenal ular......

Kan Amanah takkan bertahan sehingga dua tahun pun?
Kalau kecuh dan kepoh macam ni......bermakna manusia ni sakitlah ni.......tak percayakan kata-kata sendiri dan bimbang tak bersebab!

Pas akan kuburkan cita-cita DAP perintah negara
OLEH HAMDAN OTHMAN DI KUALA LUMPUR - 25 MAR 2016 (5 HOURS AGO)
Selagi ada DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam Pakatan Harapan, usahlah gabungan pembangkang itu bermimpi untuk Pas kembali menyertai mereka demi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Seperti kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, untuk bertaut memang tidak mungkin malah Pas akan menentang DAP habis-habisan yang bercita-cita untuk memerintah negara ini.

"Itu memang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan kami tidak akan sama sekali bersekongkol dengan puak-puak itu sebaliknya akan menggagalkan usaha mereka.

"DAP tidak berhak untuk memerintah negara ini memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30 peratus sedangkan jumlah umat Islam adalah 60 peratus," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam laman facebook miliknya.

Ujar Hadi, untuk menggagalkan cita-cita DAP, umat Islam di negara ini diseru bersatu kerana hanya melalui penyatuan umat Islam sahaja mampu memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.

"Suka juga Pas nak ingatkan UMNO supaya kembali kepada Islam demi penyatuan dan kekuatan ummah kerana memulihkan agenda politik merupakan satu sumbangan yang besar.

"Biarlah PAN dengan PKR mengikut kehendak DAP dalam memperjuangkan agenda politik dinegara ini tetapi persoalannya, apa peranan kedua-dua parti tersebut?" soalnya.

Tambahnya Abdul Hadi, orang Islam harus buka mata dan sedar daripada terus besekongkol dengan DAP.

"Kita akan tubuhkan unit tertentu seperti NGO untuk memantau orang Islam yang bersekongkol dengan DAP agar calon yang diletakkan itu tidak menang pada pilihan raya umum akan datang. Perjuang­an kita merupakan satu perjuangan yang berterusan," ujarnya. - MalaysiaGazette

7 comments:

  1. Sah dah......bukan 3/4......o/4 @ konfem gila dah.......rakyat lawan penyelengan dan rasuah......dia lawan cina...... cina bn xlawan pulak.........memang ularmak pelaq org tua ni.

    ReplyDelete
  2. woi adi chak....pas bukan wak lu punyer..lu bukan presideng seumur idup...lu presideng hanya makan dedak be end...sedor la sikit pas menang banyam mp dan dun tu dari undi saper...akal terompah betul la.lu

    ReplyDelete
  3. harap harap itu hanya la harapan tuan presideng yg gila meroyan sebab tersedak dedak special..moga ahli pas yg ada. akal dan tak termakan dedak boleh berfikir sewarasnya.

    ReplyDelete
  4. harap harap itu hanya la harapan tuan presideng yg gila meroyan sebab tersedak dedak special..moga ahli pas yg ada. akal dan tak termakan dedak boleh berfikir sewarasnya.

    ReplyDelete
  5. PAS dah mula makan duit UMNO ker?
    selalunya, pak menteri yg dah makan dedak jer yg mula merapu & merepek.
    hairan juga klu ulamak boleh buat yg sama

    ReplyDelete
  6. Hadi makin dipandang hina dri hari ke hari. Bukan salah orang tapi diri sendiri uang mengundang untuk dihina.

    ReplyDelete
  7. brp ramai lg penyokong pas yg boleh tolerate presideng ni. yg penjilat tu tak payah cerita la. mcm penjilat najib juga!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa