Wednesday, March 23, 2016

Sah dah sesat dan terbabas haluan! - dah kena dedak ke?

Hadi, lawan bangsa lain atau lawan rasuah lebih penting?

 | March 22, 2016
DAP jawab tuduhan PAS dan mahu Hadi jelaskan kepada rakyat manakah yang mematuhi ajaran Islam.
Tony-Pua-Hadi-AwangKUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu membuat pendirian adakah melawan bangsa lain selain Melayu lebih penting berbanding melawan rasuah dan penyelewengan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, Hadi perlu menjelaskan pendirian itu susulan seruan beliau supaya umat Islam bersatu menentang DAP.
“Adakah lebih penting Hadi melawan bangsa lain (bukan Islam) melawan isu rasuah, isu penyalahgunaan kuasa dan isu penyelewengan (oleh pemerintah), jadi Hadi kena pilih yang mana mematuhi ajaran agama,” katanya di Parlimen, hari ini.
Pua berkata, tuduhan Hadi bahawa DAP mahu menguasai negara ini tidak masuk akal kerana parti itu hanya bertanding tidak sampai 50 kerusi.
“Pertama DAP tidak dapat menjadi kerajaan Persekutuan, atas (kekuatan DAP) sahaja, DAP hanya bertanding tidak sampai 50 kerusi dan jumlah keseluruhan ada 222 kerusi, jadi macam mana nak jadi kerajaan kalau menang semua kerusi yang DAP bertanding itu pun tak mungkin kami dapat menjadi kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Raya berpendapat Presiden PAS itu sudah ketandusan isu untuk diketengahkan.
“Itu isu lama yang dibawa beliau ,” katanya ringkas.

Hadi seru umat Islam bersatu menentang DAP

 | March 22, 2016
DAP tidak ada hak untuk memerintah negara memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30 peratus berbanding umat Islam adalah 60 peratus dalam negara ini
KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu bersatu menentang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan menggagalkan usaha parti itu yang berhasrat untuk memerintah negara, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Presiden PAS berkata, DAP tidak berhak untuk memerintah negara ini memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30 peratus sedangkan jumlah umat Islam adalah 60 peratus.
“DAP mempunyai cita-cita lebih besar daripada sekadar menguasai ekonomi, oleh itu hanya melalui penyatuan umat Islam sahaja mampu memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.
“Selain itu, kita juga telah mengingatkan UMNO supaya kembali kepada Islam demi penyatuan dan kekuatan ummah kerana memulihkan agenda politik merupakan satu sumbangan yang besar,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Pusat Tarbiyah dan Dakwah PAS Bandar Tun Razak baru-baru ini.
Ahli Parlimen Marang itu turut mempersoalkan peranan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang dipimpin Presidennya, Mohamad Sabu dalam memperjuangkan agenda politik di negara ini bersama DAP dan PKR.
Dalam pada itu, Hadi berkata, beliau bimbang berhubung situasi politik sekarang yang berpecah-belah dan menggugat kestabilan politik orang Melayu.
“Saya lihat DAP yang diwakili oleh kaum Cina telah berjaya walaupun mereka hanya terdiri daripada 30 peratus, lebih-lebih lagi mereka telah menguasai pendapatan per kapita yang lebih tinggi serta ada cita-cita lebih daripada itu.
“Kita akan tubuhkan unit tertentu seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memantau orang Islam yang bersekongkol dengan DAP tidak menang pada pilihan raya umum akan datang. Perjuangan kita merupakan satu perjuangan yang berterusan,” katanya.

4 comments:

  1. Kasihan...makin jauh lamunan Hadi...tolonglah Hadi..jangan malukan Islam...kalau benar kenyataan Hadi itu..ini perlu dilapor kpd Yusof Qaradawi...supaya Hadi dipecat dafi Kesatuan Ulama Dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umat Islam Malaysia perlu gerak untuk dapatkan tandatangan memorandum desak Haji Hadi disingkir dari Persatuan Ulama Sedunia.

      Delete
  2. Nik Aziz Islam dulu baru Melayu Adik abang Melayu diutamakan., melayu lani bukan sumuanya Islam, itulah sebabnya umno makin mari makin lingkup dan paspun dah nasuk lubang unta.

    ReplyDelete
  3. Mabok tuok doh oghe tuo nih. Ingak ko selepas perginya TGNA bulehlah buak oghe tuo ni sebagai ganti. Taik kucing sunggoh....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa