Friday, April 1, 2016

Aku ingat Mamat mulut besar berbini muda ni cerdik!

Rupanya mulutnya lebih besar dari otak dengan jiwa pengecut!

Bung Moktar sedia berdebat selepas Syed Saddiq jadi YB

 | April 1, 2016
Bung Moktar menyifatkan Syed Saddiq seperti 'ayam betina telur sebiji riuh sekampung' kerana merasakan dirinya remaja hebat.
bung-mokhtarPETALING JAYA: Perang mulut antara Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berterusan.
Hari ini, Bung Moktar berkata, beliau sedia berdebat dengan Syed Saddiq tetapi dengan syarat anak muda itu bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan menang.
“Saya tunggu dia menang bertanding dalam PRU akan datang dan di Dewan Rakyat saya akan berdebat dengan dia nanti..itu pun kalau dia berani bertanding dan menang bertanding,” katanya kepada FMT.
Semalam, Syed Saddiq mencabar Bung Moktar berdebat atau berdialog dengannya dan mencadangkan tajuk debat tersebut berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International atau wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jelas Bung Moktar, sebelum berdebat dengannya, Syed Saddiq patut mencabar berdebat dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
“Kalau benar Syed Saddiq nak berdebat (isu 1MDB) pergi lah berdebat dengan CEO 1MDB Arul Kanda, soal dana RM2.6 bilion WSJ sudah putuskan bahawa wang tersebut datangnya dari negara Arab.
“Saya melihat Syed Saddiq amat jijik mengkritik Najib secara berterusan tanpa memikirkan implikasi masa depan negara. Mungkin dia hebat berdebat tetapi tidak semuanya dia mesti hebat.
“Sebab itu saya menyatakan sekiranya dia amat berminat dengan kepimpinan pro pembangkang carilah kawasan pilihanraya dan bertanding PRU, jangan bersikap seperti ‘ayam betina telur sebiji riuh sekampung’,” tambah Bung Moktar sambil mengingatkan Syed Sadiqq yang beliau telah menjadi Ahli Parlimen selama 16 tahun.

9 comments:

  1. Nama pun pemimpin Umno, lihat sahaja ketuanya tanya soalan pun takut nak jawab inikan pula nak berdebat. Taraf tak ada 'telur' memanglah macam tu.

    ReplyDelete
  2. mcm mana bung nak debat. jawab hujah pun dah hampeh. klu debat dgn syed maka terbongkarlah kelemahan dia

    ReplyDelete
  3. siapa tak tau..penjilat tegar pemakan dedak spesel..

    ReplyDelete
  4. Nak buat camna dedak dah sampai ke otak.....nazak dah tu.

    ReplyDelete
  5. Meroyan dedakkkk

    ReplyDelete
  6. Kecut telor nak berdebat..bagi mcm2 alasan..
    He5

    ReplyDelete
  7. Pemimpin UMNO kebanyakannya PONDAN ke...takut debat..takut disoal..auwwwwwww...tak kuase I

    .


    ReplyDelete
  8. Dia sedar yg dia tu bodoh. 16 thn ahli parlimen pun hanya kelas pemakan dedak jer

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa