Thursday, April 21, 2016

Bawa Jho Low atau saman WSJ


 | MALAYSIA DATELINE
Datuk Seri Mohd Najib Razak  dan Datuk Teik Jho LowDatuk Seri Mohd Najib Razak dan Datuk Teik Jho LowBekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin yakin semua persoalan yang dihadapi oleh rakyat negara ini mengenai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) akan selesai jika ahli perniagaan Teik Jho Low boleh dibawa balik untuk disoal siasat.
Jalan kedua yang boleh dibuat adalah dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku pihak yang dituduh menyaman Wall Street Journal (WSJ) yang banyak membuat dakwaan ke atas beliau, tulis Kadir melalui blognya.
Ini berikutan cerita mengenai 1MDB dan derma yang diterima oleh Najib sentiasa berubah dari awal hingga kini.
Yang terakhir adalah kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir, kononnya mengesahkan ia adalah derma dari negara itu tanpa mengharapkan balasan.
Kenyataan itu dibuat selepas beliau bertemu dengan Najib di New York.
Namun sebelum itu, dalam satu kenyataannya, Adel berkata, ia adalah satu pelaburan.
"Jawapan kepada misteri pie Amerika dan derma Arab ini akan terjawab kalau Jho Low boleh dibawa balik dan dipaksa duduk atas blok ais dalam bilik hawa dingin selama beberapa jam. Pasti dia akan menyanyi macam burung kenari.
"Atau Mohd Najib betul-betul kemukakan saman terhadap WSJ kerana memfitnah dan mengaibkan beliau," tulis Kadir hari ini.
Jho Low, ahli perniagaan dari Pulau Pinang dan kawan baik isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ini di anggap saksi penting dalam isu 1MDB yang bermula dengan Terengganu Invesment Authority (TIA).
Datuk A Kadir JasinDatuk A Kadir JasinMenurut Kadir, pada bulan Ramadhan tahun lepas, cerita derma itu mula didengari oleh rakyat negara ini kononnya ia adalah dari orang Arab.
"Mula seorang Arab. Kemudian lebih daripada seorang Arab. Lepas itu balik jadi seorang Arab. Akhir sekali jadi Raja Arab Saudi yang mangkat," katanya.
Pada 25 Januari lalu, katanya, Peguam Negara, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, bersihkan Mohd Najib.
"Dia kata duit AS$681 juta itu derma Arab dan sebahagiannya dibagi balik," katanya.
Tetapi pada 6 Februari, Menteri Luar Arab Saudi, Adel bin Ahmed Al-Jubeir, kata duit itu bukan derma tapi pelaburan.
Pada 15 April, kata Kadir, Al-Jubeir tukar cerita kata dia ambil maklum kenyataan Apandi dan tambah derma itu ikhlas, tanpa syarat dan penderma tak harap apa-apa balasan.
Kadir seterusnya menulis, pada 19 April, Wall Street Journal (yang Mohd Najib ancam nak samam tapi tak saman) kata, 681 itu adalah “American pies” – sejenis hidangan berinti seakan-akan karipap tapi bulat.
WSJ kata, pengirim pie Amerika itu adalah tak lain dan tak bukan kawan akrab keluarga Mohd Najib, Jho Low, katanya.
Kata berkata, WSJ mendakwa, dalam bulan Mac 2013, Jho Low hantar pesanan kepada orang suruhannya di Kuala Lumpur mengatakan 681 pie Amerika akan tiba tidak lama lagi dari seberang laut. Menurut transkrip pesanan segara BlackBerry yang dilihat of WSJ, Jho Low menekankan perlunya kerahsiaan dalam penghantaran pie Amerika.
"Jho Low arah orang suruhannya supaya bagi tahu ketua pegawai eksekutif bank (AmBank) yang “PM” tidak mahu nama, alamat atau nombor kad pengenalannya muncul dalam urusan pemindahan 681 pie Amerika itu.
"Jadi adakah 681 biji pie Amerika itu berlainan daripada AS$681 juta derma Arab yang Apandi sebut pada 25 Januari itu atau 681 biji pie Amerika itu apabila masuk ke dalam akaun Mohd Najib jadi AS$681 juta?
"Adakah 681 biji pie Amerika itu dari Jho Low hasil putar-belit perniagaan atas angin 1MDB atau duit derma Arab yang dibagi kod atas alasan rahsia?" tulisnya lagi

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa