Sunday, April 24, 2016

Boleh caya ka: Hanya 3% saja undi untuk PAS

Hanya 3% akan undi PAS bersama Blok Ketiga, kata kajian
 | MALAYSIA DATELINE
Trend pengundi mengikut kajian Ilham CentreTrend pengundi mengikut kajian Ilham Centre Menurut satu kajian yang dibuat oleh sebuah firma bebas, hanya 3% rakyat Malaysia sahaja menyokong 'Blok Ketiga' yang diwujudkan oleh PAS besama rakan barunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Fakta itu diperolehi oleh Ilham Centre berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh mereka untuk penggal pertama tahun 2016, kata Pengerusi Eksekutifnya, Mohamad Hisomuddin Bakar.
Fakta ini didedahkan oleh Hisomuddin dalam satu forum yang diadakan di Universiti Malaya Rabu lepas.
Kajian bertajuk "Penerimaan rakyat terhadap kerajaan dan isu semasa (Suku Pertama 2016) itu dibuat antara 1 - 30 Mac 2016 dengan menemubual 1825 responden secara berdepan di seluruh Semenanjung Malaysia.
"Kajian penuh kami belum sebarkan lagi. Saya hanya bentangkan 4 slide saja dalam forum itu," kata Hisomuddin ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Berdasarkan kajian itu, responden ditanya, "Sekiranya PRU diadakan sekarang, parti manakah yang menjadi pilihan anda untuk membentuk kerajaan?".
Barisan Nasional (BN) kekal menjadi pilihan utama rakyat negara ini apabila 38% dari mereka berkata mahu mengundi BN diikuti dengan Pakatan Harapan 26%.
Namun 23% dari mereka enggan menjawab soalan itu, 9% tidak mahu keluar mengundi dan 1% lagi mahu mengundi calon bebas.
Ketika ditanya, siapakah Blok Ketiga yang dimaksudkan dalam kajian itu, Hisomuddin menjawab "Blok Ketiga merujuk Pas dan Ikatan ikut fahaman responden yang ditemui masa kajian dilakukan."
Pada 16 Mac lepas, Pas mengumumkan pembentukan satu blok baru bersama Ikatan dalam satu pengumuman yang dibuat melalui satu sidang media di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur.

Bercakap kepada media selepas majlis pengenalan itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pertemuan hari itu "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.
Katanya, Pas membawa model politik matang, terbuka, bertanggungjawab, bersih dan sejahtera bersama parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang ingin turut serta dengan idea berkenaan.
"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit," katanya.
Di atas prinsip itulah, kata Takiyuddin, maka pada hari ini "bermulalah satu kerjasama politik di antara Pas dan Ikatan.
Ikatan adalah sebuah parti baru diketuai bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang ditubuhkan pada 2012 tetapi hanya didaftarkan pada 2015.

3 comments:

  1. apa nak jd dgn 38% tu. dah kena siksa gst, pemimpin kaki rembat, bila harga minyak dunia naik nanti siap la kena sembelih MASIH lg nak undi bn. mampuih pi la hampa. sampai bila nak sedar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko bila lak nak sembelih taikun yg masih tak mau turunkan harga barang2 harian walaupun harga minyak dah turun dekat 1 tahun dah ni
      jangan lupa taikun ni dah la ramai sepakat pulak tu main harga ... ko bila nak sedar

      Delete
  2. aku tak kan sokong parti barua DAP

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa