Wednesday, April 27, 2016

Fenomena Pak Lah 2004 di Sarawak?

Adenan ingatkan pada Pak Lah 2004
thehjOsaMa  -  Hari ini, 7:21 malam
Saya berada di Sarawak selama tiga hari. Tidak banyak yang saya mampu lakukan untuk pilihanraya negeri kali ini.

Pandangan awal saya menjangkakan tidak banyak perubahan yang bakal berlaku untuk pilihanraya kali ini.

Kekuatan ketua menteri baru ini mengingatkan saya kepada gelombang Pak Lah 2004.

Bukan kerana sangat kuatnya Adenan Satem, tapi terlalu teruknya Taib Mahmud menjadikan rakyat Sarawak seumpama terlepas gerah yang besar.

Rakyat Sarawak teramat sukar untuk menerima perubahan. Slogan Sarawak untuk Sarawakian begitu menjadi. Ia seakan rukun yang perlu di patuhi oleh rakyatnya.

Parti-parti semenanjung walaupun Umno tidak sangat bernilai kepada rakyat Sarawak, walau mereka kesempitan berbanding hasil negeri yang begitu banyak.

Melalui beberapa orang yang saya temui, mereka berpendapat harapan untuk menambah kerusi sangat tipis. Rakyat Sarawak ada bacaan politik mereka sendiri.

Saya sendiri sangat berharap, ledakan Internet dan pertimbangan terutamanya daripada anak muda bisa merubah sesuatu.

Sepatutnya penambahan satu dua kerusi untuk pembangkang akan bisa menjadikan pemerintahan yang ada akan rasa sedikit tergugat dan beringat.

Saya berikan contoh yang mudah di DUN Beting Maro. Berbanding sebelumnya ia berubah banyak. Kawasan itu kini mempunyai beberapa sentuhan yang lebih baik berbanding dahulu.

Semua ini berlaku kerana PAS semakin kuat. Malah majoriti hanya 300 lebih pada pilihan raya sebelumnya membuatkan rakyat Benting Maro mendapat laba yang cukup besar.

Hampir kesemua kawasan kini mempunyai jalan yang mana sebelumnya hanya titi.

Seandainya rakyat Sarawak sedikit bijak, saya pasti lebih banyak laba yang bakal mereka peroleh. Antara keperluan yang paling penting ialah masalah air.

Di sini, sumber utama untuk air minum ialah air hujan.

Saya menjadi begitu hairan bagaimana rakyat Sarawak dapat menerima ketiadaan air bersih sampai sebegitu teruk. Tidakkah air itu satu keperluan utama?

Tong-tong biru dimiliki oleh hampir kesemua penduduk hanya untuk menadah air hujan.

Selain daripada itu, mereka juga tidak perlu takut dengan perubahan. Kelantan sendiri yang sering dinafi dan ketepikan masih boleh bertahan sehingga hampir 25 tahun.

Saya sangat berharap sedikit lonjakan bakal berlaku di Sarawak untuk pilihan raya kali ini. Tunjukkan sedikit keajaiban sebagai rakyat yang mempunyai hak.

Ajari mereka agar lebih mengerti bahawa rakyat adalah tuan sebenar.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa